Dilema: Beli komputer meja, komputer riba atau netbook?

Mungkin ada yang bercadang untuk membeli komputer baharu untuk kegunaan peribadi atau menggantikan sistem komputer yang sedia ada yang tidak sesuai digunakan pada hari ini. Kebiasaannya, persoalan yang timbul ialah sama ada mahu membeli komputer meja, komputer riba/buku atau netbook?

Bagi yang berkemampuan, barangkali tiada masalah. Namun, bagi yang tidak berkemampuan, saudara perlu tahu kegunaan dan keperluan jenis komputer yang bakal dibeli terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli. Membuat pilihan bijak sememangnya penting kerana saudara akan menghabiskan wang ribuan ringgit. Jika tersalah langkah, pelaburan menjadi sia-sia dan saudara akan menyesal di kemudian hari.

Sebelum saudara pergi ke Lowyat, Digitall Mall, atau mana-mana kedai komputer, kita perlu memahami terlebih situasi perkembangan TMK pada hari ini. Secara tidak langsung, saudara dapat menjangkakan keperluan dan situasi 5 tahun akan datang. Sebagai contohnya, Windows 7 telah mula di pasaran sejak akhir Oktober yang lalu, maka spesifikasi komputer yang bakal dibeli mesti memenuhi keperluan tersebut. Jika tidak, saudara akan mengalami masalah untuk memainkan perisian terkini dan dianggap sebagai ketinggalan zaman.

Kalau dirujuk spesifikasi minimum untuk menjalankan sistem operasi Windows 7, RAM yang digunakan mestilah sekurang-kurangnya 2GB. Kad grafik dan storan cakera keras pula bergantung kepada tujuan penggunaan kita. Selain itu, faktor harga, baik buruk dan tujuan penggunaan perlu diambil kira.



KOMPUTER MEJA


Harga: 
RM1,000 hingga RM12,000 (bergantung kepada tujuan penggunaan)
Jenis pengguna:
Peminat permainan video, penyunting fotografi, muzik atau video, pembina sistem komputer baharu
Tujuan penggunaan: 
Melakukan kerja-kerja pejabat, penyuntingan audio, fotografi dan video, bermain permainan video berkuasa tinggi, penggunaan internet yang tinggi
Positif: 
Mudah naik taraf perkakasan komputer mengikut semasa, boleh digunakan untuk jangka masa lama, melakukan kerja-kerja berat
Negatif: 
Sukar untuk membawa ke tempat lain, berat, memerlukan ruang dan penggunaan elektrik yang tinggi


KOMPUTER RIBA/BUKU

Harga: 
RM1,800 hingga RM9,000 (bergantung kepada tujuan penggunaan)
Jenis pengguna: 
Peminat permainan video, melakukan kerja-kerja pejabat dan penyunting fotografi, muzik atau video
Tujuan penggunaan: 
Pengganti komputer meja
Positif: 
Mudah alih, kesambungan, kesegeraan dan maklumat dikemas kini
Negatif: 
Alat ganti mahal, jangka hayat singkat, sekuriti, prestasi


NETBOOK

Harga: 
RM1,000 hingga RM2,000 (bergantung kepada tujuan penggunaan)
Jenis Pengguna: 
Wartawan, penulis blog, peminat jaringan sosial
Tujuan penggunaan: 
Melayari internet, menaip, mendengar muzik, menonton video
Positif: 
Mobiliti, ekonomi, mampu beroperasi lama, kecil dan ringan
Negatif: 
Kekurangan perkakasan, naik taraf terhad
Previous
Next Post »