HJ-Split: Potong dan sambung fail dengan mudah

Mengapa perlu memotong fail? Cuba saudara bayangkan sebuah fail berkapasiti 10MB ingin dihantar menerusi e-mel, pastinya akan mengambil masa yang panjang.

Untuk mengatasi masalah ini, saudara boleh menggunakan HJ-Split. Perisian percuma ini ditawarkan oleh Freebyte.com untuk memotong apa-apa sahaja jenis format fail kepada beberapa bahagian yang kecil. Secara tidak langsung, proses penghantaran fail kepada penerima menerusi e-mel atau memuat naik ke pelayan seperti mediafire, 4shared, ziddu dan sebagainya menjadi lebih singkat.

HJ-Split tidak memerlukan pemasangan ke dalam komputer sebagaimana perisian yang lain lazimnya. Saiznya cuma 342kb sahaja. Walaupun GUI (antara muka unit grafik) biasa tetapi mesra pengguna. Sifatnya yang mampu berdiri sendiri (standalone) dan mudah alih memberikan kemudahan kepada pengguna untuk dibawa-ke mana-mana dengan menyimpan di dalam pemacu pen atau pun disket. Perisian ini boleh dijalankan dalam kebanyakan sistem operasi seperti Windows 7/Vista/XP/ME/2000/NT/98/95, MAC, Linux, Java, OS/2, Windows 3.x, MS DOS dan Amiga.

Jadi, tunggu apa lagi? Potong! Potong! Potong!


Menu utama


1. Potong fail
2. Sambung fail
3. Banding fail
4. Hasil tambah semak fail
5. Perihal perisian
6. Keluar


Menu memotong fail



1. Lokasi fail yang ingin dipotong
2. Menentukan lokasi hasil fail yang siap dipotong
3. Menentukan saiz fail yang dipotong
4. Mula proses pemotongan


Menu menyambung fail


1. Lokasi fail yang ingin disambung
2. Menentukan lokasi hasil fail yang disambung
3. Mulakan proses penyambungan
*bahagian-bahagian fail yang dipotong perlu diletakkan di satu tempat.
Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Rabu, Februari 15, 2012 3:43:00 PG delete

Gunakan TjSplit http:\\tjsplit.blogspot.com
Beberapa keuntungan yang anda dapatkan :
- Kecepatan proses jauh lebih cepat
- fitur jauh lebih banyak (split, join, checksum, encrypt, decrypt, encode, decode)
- koleksi checksum melimpah : (MD5,RIPE-MD,SHA,dll)
- adanya mode manual sehingga input dan output dapat diatur sesuka hati oleh user (mode otomatis juga ada)
- bisa membaca data yang sedang diakses app lain
- dapat menghandle ukuran file yang sangat besar
- konsumsi RAM sangat sedikit

Reply
avatar