Merawat jangkitan MSWord.exe

Adakah saudara pernah melihat fail dokumen bertukar akhiran *.doc atau *.docx menjadi *.exe? Dokumen tersebut tidak dapat dibuka walaupun diklik berkali-kali?

Contoh:  
Laporan Perbelanjaan 2009.doc menjadi Laporan Perbelanjaan 2009.exe

Jika ya, dokumen tersebut telah dijangkiti virus.



 Laporan daripada ThreatExpert

Laporan daripada Sophos

Namun begitu, usah khuatir. Setiap masalah pasti ada solusinya.


Implikasi virus
1. Fail dokumen akhiran *.doc atau *.docx akan berubah menjadi *.exe
2. Fail dokumen asal tidak rosak dan hilang, sebaliknya disembunyikan oleh virus tersebut. Maknanya, ada 2 fail yang sama namanya tetapi berbeza akhirannya.
3. Berdasarkan pemerhatian saya, hanya fail akhiran *.doc atau *.docx sahaja yang diubah kepada *.exe. Fail akhiran *.xls, *.xlsx, *.ppt, *.pptx dan *.pub didapati selamat daripada terkena jangkitan tersebut.

Solusi
Langkah 1: Melihat fail dokumen yang asal
1. Masuk Control Panel > Appearance and Personalization > Folder Options.
2. Jangan tandakan rait pada Show hidden files and folder dan Hide protected operationg sys file.
3. Fail dokumen tersembunyi mula kelihatan.

Langkah 2: Munculkan semula fail dokumen yang disembunyikan
1. Buka Command Prompt (Start > All Programs > Accessories > Command Prompt)
2. Taip: attrib *.doc* -h -r -s /S (Pastikan jaraknya!)
3. Siap. Fail yang disembunyikan akan kelihatan.

Untuk merawat jangkitan di pemacu pen dan cakera keras luaran
1. Masukkan pemacu pen atau cakera keras. Selepas komputer kesan, buka my computer untuk mengenalpasti drive letter pemacu pen atau cakera keras luaran tersebut. A? D? E? F? G?
2. Buka Command Prompt; tekan butang Windows pada papan kekunci + R dan taip CMD dan ENTER
3. Taip drive letter utk pemacu pen atau cakera keras luaran tadi, kalau F, taip F: dan ENTER
4. Taip: attrib *.doc* -h -r -s /S (Pastikan jaraknya!)

5. Masuk pemacu pen atau cakera keras luaran tersebut, fail dokumen akhiran *.doc dan *.docx akan kelihatan.

Sumber: Putera
Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Eja
AUTHOR
Isnin, Mac 01, 2010 5:09:00 PTG delete

bagus la.
nanti saya nak mencuba.
tq mr.muscle!!!

Reply
avatar