Muat turun fail daripada Scribd guna jalur lebar


Scribd merupakan laman perkongsian sosial penerbitan seperti dokumen, surat, informasi, pembentangan, kertas kerja dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Format fail yang ditawarkan kepada pengguna ialah pdf, word, powerpoint dan excel.

Walau bagaimanapun, pengguna jalur lebar Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile mengalami kesukaran untuk memuat turun fail daripada Scribd. Perkara ini berlaku kerana perkongsian Protokol Internet (IP) mengehadkan penggunaan kepada seorang sahaja dalam satu-satu masa. Hal ini menyebabkan pihak lain yang menggunakan IP yang sama tidak dapat untuk menggunakan perkhidmatan Scribd. Kebiasaannya, ralat seperti ini yang akan muncul:

errorApabila seseorang telah memuat turun daripada Scribd, yang lain dapat yang ini sahaja


Sekian lama saya mencari solusi, akhirnya saya ketemu jua. Ada cara yang boleh digunakan untuk memuat turun fail daripada Scribd dengan menggunakan jalur lebar.

Saudara boleh menggunakan laman Scribd versi mudah untuk memuat turun fail yang diingini tanpa sebarang masalah.

Scribd_1264581455415 Rupa halaman utama Scribd versi mudah
Scribd_1264590899489 
Taipkan tajuk yang dicari di ruangan carian

Projek Jahitan - Scribd_1264590827017
Mulakan proses muat turun
save
Tekan OK
rename
Ubah nama fail daripada ‘download’ kepada yang lebih sesuai dan tambah akhiran .pdf
Previous
Next Post »