Microsoft Security Essentials: Antivirus percuma yang berkuasa

"Terbukti perlindungan antivirus percuma? Itulah yang saya perlukan." Itulah slogan yang diguna pakai oleh MSE.

Antara muka MSE

Microsoft Security Essentials (MSE) merupakan perisian antivirus percuma yang dihasilkan oleh Microsoft. MSE menawarkan perlindungan daripada serangan virus, spyware, rootkit dan trojan. Perisian ini sesuai dijalankan untuk sistem operasi Windows XP (x86), Windows Vista (x86 dan x64) dan Windows 7 (x86 dan x64).

Tinjauan beberapa pihak menunjukkan respon yang positif terhadap MSE. Antaranya ialah penggunaan sumber yang rendah, antara muka pengguna langsung dan faktor harga.
Menurut Brian Krebs dari The Washington Post, MSE hanya menggunakan 4MB RAM semasa proses mengimbas. Untuk Windows 7, purata masa yang diambil untuk imbas pantas (quick scan) ialah 10 minit dan imbas penuh (full scan) ialah 45 minit.

Menurut PCWorld pula, MSE menyediakan paparan yang ringkas dan mesra pengguna dengan 4 tab, iaitu Home, Update, History dan Settings.

PC Magazine memberitahu pakej pemasangan MSE yang kecil (7MB, bergantung kepada jenis sistem operasi yang digunakan) dan pantas.

MSE berjaya mengesan ancaman dalam computer

 
Keperluan Minimum Sistem
Sistem Operasi: Windows XP (Service Pack 2 atau Service Pack 3); Windows Vista (Gold, Service Pack 1, atau Service Pack 2); Windows 7 yang SAH.
  • Untuk Windows XP, sebuah komputer dengan kelajuan jam CPU 500 MHz atau lebih tinggi, dan 256 MB RAM atau lebih tinggi.
  • Untuk Windows Vista dan Windows 7, sebuah komputer dengan kelajuan jam CPU 1.0 GHz atau lebih tinggi, dan 1 GB RAM atau lebih tinggi.
  • Paparan VGA 800 × 600 atau lebih tinggi.
  • Ruang cakera keras sebanyak 140 MB.
  • Sambungan Internet untuk memasang dan memuat turun definisi virus dan spyware terkini untuk MSE.
  • Pelayar Internet: Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome. 

Muat turun 
Klik sini 

Komentar Teknomasi
  1. Ringan
  2. Mudah dikendalikan
  3. Mesra pengguna
  4. Percuma
  5. Agak berkuasa jika dibandingkan dengan perisian antivirus percuma yang lain seperti Avast, AVG dan Avira.
  6. Terdapat beberapa ralat yang muncul kadang kala, namun penyelesaian muncul setelah dikemas kini.
Previous
Next Post »