Sebulan bersama Windows 7 (Siri 1)

Hari ini telah genap sebulan saya menggunakan sistem operasi (OS) Windows 7 Ultimate N setelah memasangnya pada 8 November lalu. Sebelum ini, saya menggunakan Windows Millenium Edition (ME) pada hujung tahun 2000 hingga 2002 dan Windows Experience (XP) pada 2003 hingga suku ke-3 tahun 2009.

Kemunculan Windows Vista pada awal tahun 2007 menyebabkan ramai beralih arah daripada Windows XP. Namun begitu, saya masih setia mengguna Windows XP. Hal ini kerana tuntutan spesifikasi yang terlalu tinggi untuk menjalankan sistem operasinya dan saya tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menaik taraf perkakasan komputer. Apatah lagi bilamana mendengar maklum balas daripada teman-teman dan tinjauan internet rata-rata cukup ‘kecewa’ dengan prestasinya.

Nampak sahaja cantik tetapi pengendaliannya sedikit sukar (mula-mula sahaja) dan terdapat pemacu (driver) perkakasan lama yang tidak serasi dengan sistem operasi tersebut. Tidak berapa lama selepas itu, saya mendapat khabar angin yang menyatakan bahawa Windows Vista merupakan hasil gagal Microsoft dan siri Windows yang seterusnya bakal muncul untuk menggantikan kegagalan Microsoft Vista. Maka, saya sabar menanti sambil mengumpul wang untuk menaik taraf perkakasan komputer saya. 

Windows 7 telah dilancarkan dengan membawa fenomena baharu kepada masyarakat dunia. Respon positif daripada pengguna dan tinjauan internet membuatkan saya tertarik untuk mencubanya. Sebelum itu, saya telah membantu teman saya, Jac untuk membuat pilihan komputer riba di Lowyat. Dia memilih untuk membeli Acer Timeline 4810T berdasarkan kewangan yang ada. Penjual tersebut telah mencadangkan untuk memasang Windows 7. Melihat prestasi dan kualiti grafiknya terserlah berbanding Windows Vista, saya rasa teruja untuk mencuba.

Untuk mendapatkan sistem operasinya, saya membeli di Digital Mall, Petaling Jaya bersama-sama Football Manager 2010 yang baharu [edisi lanun]. Memang menarik mencuba kedua-duanya dalam masa satu hari!


Inilah hasilnya setelah dipasang dalam komputer:

Sistem komputer

My Computer

Muka depan


Tema-tema lain:

Zune Characters

 
Zune Elements

Refresh Everything

Tekan butang Windows + Tab


Ruang kerja:

Pengurusan fail yang lebih kemas di ruang kerja

Boleh seret mana-mana program yang kerap digunakan pada ruang kerja
Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
Chaer_ChA-X
AUTHOR
Sabtu, April 03, 2010 1:01:00 PTG delete

rugi la bro...pkai 32 bit...asal x pkai 64 bit..kan dah rugi RAM 2..

Reply
avatar
Ahad, Mei 09, 2010 12:22:00 PTG delete

Aku baru je tukar x64 bit...huhuhu...

Dulu cuba-cuba godek sahaja.

Reply
avatar