Skor Kualiti Jalur Lebar 2009

Kajian Skor Kualiti Jalur Lebar 2009 (Quality Broadband Score) - SKJL 2009 - telah dilakukan oleh Fakulti Perniagaan Said, Universiti Oxford dengan ditaja oleh CISCO menunjukkan bahawa Malaysia mendapat tempat ke-48 daripada 66 buah negara yang dinilai.



Kedudukan Negara berdasarkan Skor Kualiti Jalur Lebar Dunia 2009 adalah seperti berikut:

1. Korea Selatan
2. Jepun
3. Hong Kong
4. Sweden
5. Switzerland
6. Belanda
7. Singapura
8. Luxembourg
9. Denmark
10. Norway.....
48. Malaysia
56. Filipina
57. Thailand
58. Vietnam
63. Indonesia

Antara intipati yang dinyatakan melalui kajian Oxford ini ialah:
  1. Kualiti jalur lebar di Korea Selatan telah meningkat mengatasi Jepun yang mendahului kualiti  jalur lebar pada tahun lepas, sebanyak 72%.
  2. Peningkatan Korea Selatan ini berlaku kerana usaha berterusan kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan mereka selaku antara negara peneraju teknologi maklumat dan komunikasi dunia.Korea Selatan turut meningkatkan penembusan jalur lebar ke rumah-rumah.
  3. Walau bagaimanapun, Jepun masih memiliki bandar-bandar yang mempunyai skor kualiti jalur lebar di dunia. Antaranya ialah (1) Yokohama - 85, (2) Nagoya - 82, (4) Sapporo - 72, (7) Osaka - 65 dan (18) Tokyo - 49. [markah penuh adalah 100]
  4. Sweden mempunyai kualiti jalur lebar terbaik di Eropah.
  5. Perkembangan pesat jalur lebar di Sweden terbukti melalui peningkatan SKJL sebanyak 38% berbanding tahun 2008. Situasi ini dijangka mampu mencabar pendahulu seperti Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong.
  6. Sweden juga merupakan negara yang paling berjaya merapatkan jurang jalur lebar antara kawasan luar bandar dengan kawasan berkepadatan tinggi berbanding negara-negara yang lain. Selain itu, Emeriah Arab Bersatu dan Iceland dalam kategori yang sama.
  7. 39 buah negara sahaja yang mempunyai SKJL yang melepasi keupayaan untuk kebanyakan aplikasi sesawang umum pada hari ini seperti jaringan sosial (facebook, friendster), penyaluran video (YouTube), laman komunikasi dan perkongsian fail kecil seperti foto dan muzik.
  8. Dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang, menonton televisyen (HDTV) di internet dan komunikasi video seperti telesidang akan menjadi keutamaan. Menurut kajian, 9 buah negara sahaja yang sudah bersiap siaga untuk memenuhi keperluan tersebut, iaitu Korea Selatan, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania.
Previous
Next Post »