Perisian percuma sehebat ternama!

Selepas komputer diformat baharu, biasanya kita akan memilih perisian untuk dipasang ke dalam komputer. Kali ini saya ingin berkongsi dengan saudara tentang pemilihan perisian yang tepat dengan tujuan penggunaannya. Yang paling penting, semestinya PERCUMA!



Untuk kegunaan asas, saya cadangkan supaya saudara memasang:
  1. Firefox (SU) | Google Chrome (SU) - untuk melayari internet dengan efisien dan terjamin keselamatannya
  2. Winrar (PKB) | 7-Zip (SU) - memampatkan dan mengekstrakkan fail, dokumen muzik dan sebagainya.
  3. Microsoft Security Essantial (P) - pelindungan daripada virus, spyware dan malware
  4. K-Lite Codec Pack (P) | VLC (SU) - menonton video pelbagai format
  5. Winamp (P) - mendengar lagu dan muzik pelbagai format
  6. Ccleaner (P) - alat penyelenggaraan Windows yang mudah

Untuk kegunaan kerja pejabat, tambah:
  1. OpenOffice.org (SU) - untuk melakukan kerja-kerja dokumentasi, pengkalan data, hamparan elektronik dan persembahan multimedia.
  2. Foxit Reader (P) - membaca fail berformat .pdf
  3. The Sage (P) - Kamus bahasa Inggeris - bahasa Inggeris, cara sebutan, hiponim, sinonim, antonim dan sebagainya

Untuk kegunaan internet, saya mengesyorkan:
  1. Download Manager Tweak (P) - Ekstensi untuk Firefox. Memberi kelajuan tambahan semasa memuat turun sebarang fail
  2. AdBlock Plus (P) - Ekstensi untuk Firefox. Memblok iklan-iklan internet yang tidak dikehendaki
  3. Flash Player (P) - Ekstensi untuk semua pelayar internet. Membenarkan aplikasi flas pada laman sesawang.
  4. Yahoo Mesangger (P) | Skype (P) - mesej segera bersama rakan-rakan

Untuk kegunaan penyuntingan fotografi, muzik dan video:
  1. Paint.NET (P) | GIMP (P) - menyunting gambar (alternatif kepada Photoshop)
  2. Picasa - pengurus koleksi gambar dan fotografi
  3. Audacity - buat nada dering daripada mp3
  4. Any Video Converter - menukar video kepada mana-mana format yang dikehendaki
  5. Any Audio Converter - menukar audio kepada mana-mana format yang dikehendaki

*Jika saudara punya idea dan cadangan untuk tambahan, maklumkan kepada saya.


Rujukan
P: Perisian percuma (freeware).
SU: Sumber terbuka (open source).
PKB: Perisian perkongsian secara percuma tetapi perlu dibayar untuk fungsi tambahan (shareware).
Previous
Next Post »