5 permainan PSP mesti main sepanjang cuti sekolah

5 Pilihan permainan PSP mesti main
Bosan sepanjang cuti?

Apa kata mengisi masa cuti dengan bermain permainan video di pelantar PSP setelah berhempas pulas belajar dan peperiksaan di hujung semester. Sekurang-kurangnya terisi juga waktu terluang bukan?


Silent Hill Shattered Memories
5 Pilihan permainan PSP mesti main

Ulasan
Siri Silent Hill keluaran Konami terkenal dengan kepermainan yang menyeramkan. Permainan ini mengisahkan Encik Harry yang kehilangan anaknya, Cheryl sewaktu terlibat dengan kemalangan jalan raya. Semasa mencari Cheryl, banyak peristiwa yang telah berlaku.
Tidak seperti kelaziman siri-siri sebelum ini, tugas saudara perlu melarikan diri seboleh yang mungkin daripada dikejar dan ditangkap oleh pelesit. Jalan cerita permainan penuh dengan emosi dan bergantung kepada personaliti saudara sendiri. Latar belakang yang menarik berjaya menghidupkan lagi suasana dan rasa cemas ketika bermain. Penggunaan telefon bimbit untuk menghubungi pihak tertentu dan merakam foto berhantu terasa permainan ini lebih dekat dengan kemajuan teknologi hari ini.
Walau bagaimanapun, mimpi buruk dan teka-tekinya yang sama agak membosankan. Selain itu, jalan ceritanya terlalu ringkas. Kata orang, seram suam-suam kuku sahaja.
Markah Teknomasi: 3.5/5
Patapon 2
5 Pilihan permainan PSP mesti main
Status: Dalam proses bermain
Ulasan
Pata pata pata pon. Jeng jeng jeng! Begitulah lagu tema permulaan permainan ini.
Edisi yang kedua siri Patapon ini menawarkan kelebihan dan kemudahan kepada pemain. Contohnya, tips bermain diperbanyakkan lagi, fungsi pelbagai pemain diperkenalkan, keupayaan hero dipertingkatkan dan terdapat pelbagai jenis misi yang perlu diselesaikan. Audio dan grafiknya adalah terbaik.
Pada pandangan Teknomasi, edisi kedua lebih senang dikendalikan daripada Patapon yang sebelumnya. Kelemahan? Hampir tiada langsung! Yang penting, pastikan jari anda tidak tersalah picit butang sehingga tempo lagunya lari. Hahaha…
Markah Teknomasi: 4.5/5
LittleBigPlanet
5 Pilihan permainan PSP mesti main

Ulasan
Sekali tengok umpama permainan biasa untuk murid prasekolah. Namun begitu, 844 orang pemain di GameSpot memberikan markah penilaian 8.5/10.
Si kecil molek bersulam, Sackboy, boleh dimanipulasikan rupa bentuknya mengikut kesukaan saudara. Selain itu, kepermainannya penuh interaktif dan imaginatif. Kesukaran setiap peringkat permainan berjaya menafikan permainan ini hanya untuk murid prasekolah. Agak sukar juga jika tidak kena caranya.
Walau bagaimanapun, fungsi pelbagai main tidak disediakan dan jalan ceritanya yang ringkas.
Markah Teknomasi: 4/5
Dissidia: Final Fantasy
5 Pilihan permainan PSP mesti main
Status: Dalam proses bermain
Ulasan
Pertembungan antara Cosmos dan Chaos menerbitkan konflik dalaman dan perseteruan yang tiada kesudahan antara pahlawan.
Permainan ini umpama mimpi menjadi kenyataan buat peminat siri Final Fantasy dengan menghimpunkan watak-watak setiap siri permainan Final Fantasy yang pernah diterbitkan.
Markah Teknomasi: 4/5
Metal Gear Solid: Peace Walker
5 Pilihan permainan PSP mesti main
Status: Keluar pun belum lagi!
Ulasan
Setiap permainan hasilan Hideo Kojima tidak perlu dipertikaikan lagi oleh setiap pemain video tegar. Kualiti, jalan cerita dan idea yang ditampilkan tidak pernah mengecewakan peminat. Jikalau tidak, masakan peminat sanggup menghasilkan filem sebagai tanda penghargaan? 
Bakal muncul di khalayak pada 16 Jun ini.
Markah Teknomasi: 4.8/5

Setuju atau tidak, kebanyakkan permainan video PSP yang seronok dimainkan mesti daripada Konami, SquareEnix dan Sony.

Memang tak rugi kalau main permainan video yang diterbitkan oleh syarikat permainan video ini, lebih-lebih lagi Konami. Masakan saudara tidak tahu Winning Eleven, Silent Scoop, Castlevania, Contra, Pro Evolution Soccer, Dance Dance Revolution, Frogger dan Yu-Gi-Oh.
Previous
Next Post »