4 laman pencari maklumat seseorang individu

Bagaimana mengesan sesiapa sahaja dalam talian?
Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan sebahagian daripada gaya hidup masyarakat dunia hari ini. Siapa yang tidak tahu tentang Facebook, Twitter, Yahoo! Messengger, GMail dan seterusnya? Hampir setiap orang memiliki akaun perkhidmatan di atas. Tidak kiralah apa-apa sahaja bentuk instrumennya, kesemuanya berkait rapat dengan teknologi maklumat dan komunikasi.
Dalam pada itu, ada segelintir individu yang menggunakan TMK untuk membuat onar atas kepentingan tertentu. Kadang-kala ada orang yang tidak dikenali cuba mengganggu kita.
Atau, saudara mahu mencari teman yang sudah lama tidak diketemui.
Teknomasi ada cara bagaimana mahu mencari maklumat seseorang yang ingin dikesani: 

1. Google Images
Bagaimana mengesan sesiapa sahaja dalam talian?
Aplikasi Google ini lazimnya digunakan untuk mencari gambar. Boleh juga kalau mahu mencari seseorang dengan meletakkan e-mel, nama atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan individu tersebut. Kalau bernasib baik, jumpalah orang yang dicari.

2. Pipl
Bagaimana mengesan sesiapa sahaja dalam talian?
Carian menerusi nama, lokasi, alamat e-mel dan nama samaran di Pipl.

3. Wink
Bagaimana mengesan sesiapa sahaja dalam talian?
Lebih kurang sama juga seperti Pipl.

4. Facebook
Bagaimana mengesan sesiapa sahaja dalam talian?
Bilangan pengguna Facebook semakin bertambah hari demi hari. Tidak mustahil jika ketemui di sini.

Jika saudara punya cara tersendiri mencari maklumat peribadi seseorang, jangan lupa beritahu di Teknomasi!
Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar