Radio Malaysia V4 telah dilancarkan

Sebelum ini, TMK telah membuat tinjauan mengenai Radio Malaysia V3 yang dihasilkan oleh Acapz dan Syntax. Kini, mereka telah mengemaskini dengan Radio Malaysia V4 (RMV4) pula pada 2 hari yang lalu, 6 Mei 2010.

Antara muka

Edisi kali ini menggunakan warna hitam sebagai tema RMV4. Lebih bergaya, mutu dan keunggulan, macam iklan Perilly’s. Walau bagaimanapun, TMK difahamkan bahawa fungsi Lite skin telah dihapuskan.

Fungsi dan ciri-ciri terkini dalam RMV4:

1. Laman sembang seperti mIRC. Saudara boleh bersembang-sembang dengan pencipta RMV4.

Laman sembang

2. Radio pelayan ditambah daripada 63 kepada 71 stesen. Adakah masalah untuk mendengar radio Fly.fm dan Hot.fm dalam RMV3 yang lalu sudah diselesaikan? Sama-sama kita lihat.

71 stesen 

3. Fungsi tambahan yang lain; mR! Effect dan sambungan internet (disconnect/reconnect)

tambahan

4. Perihal RMV4 dan sumbangan pengguna

about rmvb

Muat turun: Mediafire | Rapidshare | Megaupload

Selamat mencuba RMV4. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, tanya di ruangan komen. Kritikan saudara mengenai perisian ini amatlah dialu-alukan. TMK akan menganalisis kekurangan atau masalah yang terdapat pada perisian ini sedikit masa lagi. Untuk rujukan versi yang sebelumnya, bolehlah klik di sini.
Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
Sabtu, Mei 08, 2010 11:37:00 PTG delete

Laman sembang tu memang menarik!

Reply
avatar
my
AUTHOR
Jumaat, Mac 30, 2012 3:13:00 PG delete

SETCAST - Listen web Radio Watching web TV,Live Online Tv Channels on Your PC-Watch Free streaming Satelite tv online from thousands of the best worldwide channels.Free Radio Stations http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html malaysia radio and tv online

Reply
avatar