Tips pantaskan Firefox untuk pengguna jalur lebar

Firefox_by_IQEye

Internet perlahan ketika melayari blog atau laman sesawang dengan Celcom, Digi atau Maxis Broadband?

Pos kali ini merupakan pemulasan atau tweak untuk memastikan sambungan Internet menerusi sebarang perkhidmatan jalur lebar mencapai kelajuan yang optimum.

Caranya:

Klik kanan pada My Computer > Properties > Device Manager.

Klik pada Ports (COM & LPT)

port internet

Pilih port untuk sambungan internet. Klik kanan dan pilih Properties.

Pilih tab Port Settings, ubah Bits per second kepada 128000 dan Flow control > hardware.

port setting

Tekan OK. Siap.

--------------------------------------------------------------------------

Buka Firefox.

Taip about:config pada ruang alamat. Tekan Enter.

taip about

Keluar paparan tetapan Firefox.

paparan

Taip di ruang Filter.

filter

1. nglayout.initialpaint.delay
 
Semak terlebih dahulu sama ada wujud atau tidak. Kalau tidak wujud, ciptakannya seperti berikut:
- Klik kanan, pilih New > String.
- Taip nglayout.initialpaint.delay dan tekan OK.
- Masukkan nilai 0 (sifar) dan tekan OK. Siap.

nglayout

2. Saluran Perhubungan 


- Tetapkan network.http.pipelining kepada True (membenarkan bebanan item yang banyak)
- Tetapkan network.http.pipelining.maxrequests kepada 30 (menggunakan 30 sambungan untuk setiap laman)

network.http

*TIDAK digalakkan untuk laman sesawang yang bukan bersifat keuntungan (non-profit websites) seperti mozilla.org, bzscrap.com
 

3. Sambungan

- Tetapkan network.http.max-connections-per-server /* default = 8 */
Nilai yang tinggi menyebabkan pembahagian akses perkongsian pelayan tidak adil.

- Tetapkan network.http.max-persistent-connections-per-server /* default = 2 */
Nilai yang tinggi menyebabkan pembahagian akses perkongsian proksi tidak adil.

- Tetapkan access:network.http.max-persistent-connections-per-proxy /* default = 4 */

- Tetapkan network.http.max-connections /* default = 24 */

4. Imbas virus
- Tetapkan browser.download.manager.scanWhenDone kepada false
Melumpuhkan imbasan virus semasa memuat turun sesuatu fail

Tutup Firefox. Klik kanan pada desktop dan refresh. Buka semula dan rasai perbezaannya. Selamat mencuba!
Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
Admin
AUTHOR
Sabtu, Mei 08, 2010 11:06:00 PG delete

Streamyx boleh juga. Cuma setting no. 3 je tak payah buat.

Reply
avatar