Fakta vs mitos penjagaan bateri komputer riba

Pelbagai teori muncul tentang penjagaan bateri komputer riba yang betul. Setiap orang menggunakan kaedah cuba-jaya dan bereksperimentasi dengan cara masing-masing bagi menentukan keberkesanannya. Bateri komputer riba Asus

Dalam pada masa yang sama, persoalan timbul di benak pengguna. Antaranya ialah:

  1. Adakah komputer riba perlu menggunakan elektrik dan baterinya dibuka jika lama digunakan?
  2. Adakah pengguna perlu menggunakan bateri sehingga habis dahulu sebelum dicas semula?
  3. Adakah haba mempengaruhi hayat bateri?
  4. Adakah perlu membeli pad penyejuk yang semurah RM7.00 atau yang mahal dan berjenama?
 

Untuk makluman pembaca Teknomasi, bateri komputer riba menggunakan bahan kandungan litium-ion. Selain itu juga, bateri telefon bimbit turut menggunakan litium-ion. Berbeza pula dengan bateri jam, 9 volt, AA atau AAA yang menggunakan litium manakala bateri yang boleh dicas semula menggunakan nikel.

 

Oleh yang demikian, cara penggunaan bateri komputer riba tidak sama seperti bateri yang boleh dicas semula. Bateri nikel perlu digunakan sehingga susutan kuasa habis sepenuhnya sebelum dicas semula manakala bateri litium-ion tidak perlu menggunakannya sehingga habis sebelum dicas. Hal ini kerana bateri litium-ion dikhuatiri hilang keupayaan untuk dicas semula.

 

Selain itu, pastikan bateri komputer riba saudara tidak dicas sehingga penuh sepanjang masa kerana langkah ini dikatakan bakal mengurangkan 20% kapasiti litium-ion setiap tahun.

 

Langkah terbaik yang boleh diambil ialah menggunakan mode hibernasi dan menyambung terus komputer riba ke soket untuk bekalan elektrik.

 

Menurut Isidor Buchmann, pengasas dan Ketua Eksekutif Cadex Electronics Inc. di Vancouver, Kanada, hayat bateri komputer riba boleh dipanjangkan dalam tempoh masa yang lama dengan mencabut bateri setelah separuh (40%-60%) digunakan dan disambung terus dengan bekalan elektrik. Langkah ini dikatakan mampu mengurangkan kapasiti litium-ion sebanyak 2%, 4% atau 15% dalam setahun berdasarkan uji kaji yang dibuat.

 

Suhu dan hayat bateri adalah saling berkaitan. Panas dan haba boleh menyebabkan bateri menjadi mudah rosak, pecah, terbakar dan meletup. Oleh itu, bateri perlu disimpan di tempat yang sejuk atau bersuhu rendah seperti peti sejuk (bukan ruangan beku) secara berbalut dengan plastik.

 

Jangan pula terlebih bijak dengan meletakkan di ruangan beku peti sejuk kerana belum ada lagi uji kaji yang dibuat tentang litium-ion di bawah suhu 0°C. Adalah mustahil bateri tidak akan rosak langsung kerana kapasiti litium-ion tetap menyusut saban tahun walau apa jua cara dibuat. Maka, pengguna yang akan menentukan cepat-lambat bateri komputer riba rosak. 

 

Berikut merupakan kaitan suhu dengan peratusan litium-ion hilang setahun:

 

Suhu (°C)

Peratusan litium-ion hilang setahun

0

6%

25

20%

40

35%

Sumber: Wikipedia

 

Walau bagaimanapun, pembaca digalakkan supaya membaca dan menghadam buku manual yang dibekalkan semasa dibeli kerana setiap model dan jenama ada cara yang tersendiri.

 

Saudara juga boleh membeli pad penyejuk untuk menyejukkan sistem sama ada murah atau mahal. Yang penting, pad penyejuk mampu menyejukkan sistem dengan berkesan. Pastikan juga aliran udara panas keluar sama ada dari bawah ataupun tepi. Jika dari bawah, saudara perlu menggunakan pad penyejuk dan tidak boleh digunakan atas tilam kerana haba akan terperangkap di tilam.

 

Sekiranya saudara mahu menjaga bateri komputer riba dalam jangka masa yang panjang, bolehlah merujuk tips yang disediakan sebelum ini.

 

p/s: Penulis tidak menggunakan komputer riba kerana alat ganti yang mahal dan sukar dinaik taraf mengikut pasaran semasa.

Previous
Next Post »

3 Komentar

Write Komentar
fahmi ibrahim
AUTHOR
Ahad, Ogos 29, 2010 12:53:00 PG delete

Entri yang baik... baru tahu suhu juga dapat mempengaruhi jangka hayat bateri.

*p/s: lagi kemas kalau ditambah jarak antara perenggan tu.

Reply
avatar
msbmna
AUTHOR
Ahad, Ogos 29, 2010 1:23:00 PG delete

Bukan tak berperenggan. Lepas tukar tema blog jadi huru-hara. Dalam proses susun atur dan kemas kini.

Terima kasih atas komentar.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Rabu, Disember 07, 2011 3:26:00 PTG delete

Terima kasih atas entri yang berinformasi.

Reply
avatar