Perihal Windows Office 2010

office2010

Microsoft Office 2010 bakal dilancarkan pada 16 Jun 2010. Barangkali ramai beranggapan bahawa edisi kali ini Microsoft akan menawarkan sesuatu yang lebih segar dan baharu sebagaimana kemunculan Windows Office 2007 dahulu. Walau bagaimanapun, tiada apa-apa yang berbeza. Cuma beberapa peningkatan telah dibuat untuk melengkapkan kelemahan yang wujud dalam siri yang sebelumnya.

Antara peningkatan yang telah dibuat ialah:

  1. Koleksi gambar di ClipArt sepenuhnya diperoleh menerusi Internet (lebih pantas katanya, tetapi malang kepada yang tiada sambungan internet).
  2. Persembahan multimedia (Powerpoint) boleh disimpan terus sebagai video dalam format .WMV
  3. Pengguna boleh menyimpan hasil kerja persembahan multimedia terus dalam pakej pembentangan di CD. Semua pautan seperti video, bunyi dan font yang digunakan akan disalin bersama dalam CD. Maka, pengguna tidak perlu khuatir lagi sekiranya pautan yang dibuat tidak jadi.
  4. Fungsi pengendalian e-mel secara pantas diperkenalkan dalam Outlook 2010.
  5. Peningkatan kecil pada fungsi carian tetapi besar manfaatnya.
  6. Fungsi baharu Office 2010 di Internet umpama Google Doc.

 

Adakah perlu menggunakan Office 2010 edisi 64-bit?

  1. Memori dapat dijana lebih tinggi berbanding edisi 86-bit yang terhad sehingga 2GB ram sahaja.
  2. Dilindungi dengan keselamatan Data Execution Prevantion (DEP).

 

Keperluan spesifikasi minimum:

  1. Pemproses 500MHz dan ke atas.
  2. 512MB Ram
  3. Windows XP SP3 dan ke atas.
  4. Kad grafik 64MB memori video dan ke atas.
  5. SharePoint 2010 dan Exchange 2010 memerlukan server 64-bit

 

 

Word 2010

w1

Boleh terus simpan dokumen dalam format PDF dan XPS. Juga terdapat fungsi simpanan terus ke internet seperti Google Doc.

 

w2

Fungsi carian yang lebih baik dan berfokus; carian grafik, jadual, persamaan, nota kaki dan komentar dalam satu-satu dokumen

 

Powerpoint 2010

pp1

Antara pilihan tema baharu dalam PowerPoint 2010

 

pp2

Paparan pemain media yang lebih kemas untuk video

 

Iklan Komersil Windows Office 2010

Perihal Windows Office 2010 | Teknomasi
Previous
Next Post »