Tak boleh pasang Windows Office 2010?

Tak boleh pasang Windows Office 2010?

Masalah ini timbul ketika saya sedang memasang Windows Office 2010, tiba-tiba ralat di bawah muncul. Bagaimana solusinya ya?

 

Tak boleh pasang Windows Office 2010?

 

Berdasarkan kenyataan yang diberikan, terdapat Microsoft Office 2010 edisi percubaan yang terpasang dalam sistem komputer. Microsoft Office 2010 tidak dapat menyokong naik taraf daripada Microsoft Office edisi percubaan. Oleh yang demikian, saya perlu membuang terlebih dahulu produk Microsoft Office 2010 edisi percubaan dan teknologi yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, setelah mencari di Programs and Features, saya tidak dapat ketemui juga.

Rupa-rupanya, saya perlu membuang secara manual.

Caranya:

1. Muat turun Windows Installer CleanUp Utility (WICU).

2. Setelah selesai memasang WICU, jalankan dengan klik: Start > All Programs > WICU.

3. Tandakan mana-mana produk Windows Office 2010 edisi percubaan (yang ditanda dengan petak merah) dan tekan Remove.

*Untuk mengetahui sama ada fail yang dibuang adalah Windows Office 2007 atau 2010 edisi percubaan ialah Windows Office 2007 (versi 12.x.xxxx.xxxx) manakala Windows Office 2010 edisi percubaan (versi 12.x.xxxx.xxxx).

 

Tak boleh pasang Windows Office 2010?

 

4. Setelah siap membuang, tutup WICU.

5. Tekan Start > taip regedit dan tekan ENTER.

6. Cari HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Office. Klik kanan pada Office dan buang.

7. Cari HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Office. Klik kanan pada Office dan buang.

8. Buka C:\Program Files, lihat sama ada fail Microsoft Office masih wujud atau tidak. Jika ada, namakan semula:

  • Microsoft Office > Microsoft Office OLD
  • OfficeUpdate > OfficeUpdateOLD
  • OfficeUpdate14 > OfficeUpdate14OLD

9. Tekan Start > taip %Temp% dan tekan ENTER.

10. Tekan Ctrl+A dan Delete semua fail. Jika ada beberapa fail tidak boleh dibuang, tekan Skip.

11. Kosongkan Recycle Bin.

12. Restart komputer dan Pasang Windows Office 2010 RC.

 

Selamat mencuba. Sekiranya terdapat masalah, muatkan di ruangan komentar.

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Rabu, Februari 15, 2012 11:22:00 PG delete

macam mana nak buang microsoft 2010 ne ?

Reply
avatar