Tips selamat cucuk duit di ATM

Taktik terbaharu pencuri mendapatkan kata laluan pelanggan

 

Video di atas memaparkan hasil daripada penemuan kamera lubang jarum dan pembaca kad (skimmer) yang dipasang oleh pencuri di sebuah Mesin Teler Automatik (ATMAutomated Teller Machine) di United Kingdom oleh polis.

 

Mungkin pengguna beranggapan bahawa CCTV yang dipasang sudah memadai. Namun, video ini memberi pengajaran kepada pengguna supaya sentiasa berjaga-jaga supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Tips yang boleh diaplikasi semasa mengeluarkan wang dari ATM

  1. Membuat semakan di sekitar ATM. Mungkin ada perubahan warna, bahagian aneh atau longgar. Hubungi pegawai bank untuk membuat pengesahan.
  2. Elakkan daripada penggunaan ATM pihak ketiga. Contohnya, ATM di 7-Eleven, Petronas, Stesen LRT, pasar raya dan sebagainya. Apatah lagi sekiranya lokasi ATM tersebut di kawasan yang terpencil dan berisiko tinggi.
  3. Menggosok seluruh permukaan papan kekunci ATM sesudah menggunakannya. Pencuri berkemungkinan menggunakan alat seperti cahaya ultra ungu untuk mengesan cap jari saudara.
  4. Berlagak menekan beberapa nombor dahulu sebelum menekan kata laluan yang sebenar. Hal ini dapat mengelirukan pencuri seolah-olah kata laluan saudara ialah 10 aksara.

Rujukan lain

 

Marilah sama-sama kita membuat tekaan kata laluan pelanggan dalam video di atas. ;p

 

Sekiranya saudara mempunyai pengalaman yang sama atau cara menangani masalah ini kongsikan bersama di ruangan komentar.

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Rabu, September 07, 2011 4:14:00 PTG delete

Terima kasih...maklumat yang berguna

Reply
avatar