Sebelum bertukar nama kepada Bing Maps, ia dikenali sebagai Live Search Maps, Windows Live Maps dan Windows Live Local. Perkhidmatan paparan peta dalam talian ini dibangunkan oleh Microsoft.
Kelebihan
- Pelbagai pilihan mod peta: jalan, imej dari satelit, pandangan mata burung (bird-eye view) dan peta 3D.
- Pilihan menu:
-
Arah perjalanan: pengguna boleh mendapatkan arah perjalanan di antara 2 atau lebih lokasi. 3 pilihan arahan perjalanan yang disediakan ialah memandu sendiri, pengangkutan awam dan berjalan kaki.
Masukkan A sebagai lokasi berlepas dan B lokasi tiba dan tekan ‘get directions’. Contohnya A sebagai Bangsar dan B sebagai Putrajaya. Inilah hasilnya.
- Pengedit lokasi peribadi: Lokasi atau tempat yang tidak terdapat dalam peta boleh ditanda untuk rujukan peribadi. Mungkin mahu tanda lokasi pejabat, kedai makan kegemaran, tempat membeli belah dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.
- Aplikasi tambahan: carian tempat letak kereta, cuaca seluruh dunia, pembilang bayaran tambang teksi. Masih terhad untuk Amerika dan beberapa buah negara sahaja.
- Informasi trafik semasa: masih terhad untuk Amerika sahaja.
Spesifikasi Minimum
- Windows XP with SP2 atau versi yang terkini
- Microsoft .Net Framework 2.0
- Windows Imaging Component
- 250MB dan ke atas ruang cakera keras
- 256MB ram
- 32MB kad video menyokong Microsoft DirectX 9
- Capaian internet
- Internet Explorer 6 dan ke atas, Firefox 3.0 dan ke atas atau Safari 3.1 dan ke atas
Rangkaian peta di Malaysia masih terhad lagi. Carian dan aplikasi yang disediakan belum meluas. Lama-lama kemudian adalah nanti.
EmoticonEmoticon