Singkatkan URL dengan goo.gl

Singkatkan URL dengan goo.gl Google memperkenalkan perkhidmatan memendekkan alamat URL di goo.gl.

 

Jadi, pengguna boleh mengubah URL yang panjang kepada beberapa aksara sahaja. Dengan URL yang pendek, saudara boleh berkongsi, menciak (tweet) atau menghatar e-mel kepada rakan.

 

Sebagai contoh:

http://www.teknomasi.com/2010/06/fakta-vs-mitos-penjagaan-bateri.html

 

Versi goo.gl: http://goo.gl/nt57

KELEBIHAN

  1. Kestabilan – perkhidmatan yang boleh dipercayai dengan masa hidup (uptime) yang baik.
  2. Keselamatan – pesanan amaran akan diberitahu sekiranya pautan mengandungi malware, phishing atau spam. Identiti pencipta URL pendek tidak akan diberitahu.
  3. Kepantasan – memerlukan masa kurang daripada 1 saat untuk menjana URL yang pendek.
  4. Tidak berubah – sebaik URL pendek dicipta, tiada sesiapa yang boleh mengubah
  5. Tidak dibatalkan – URL yang dihasilkan tiada masa luput melainkan dikenal pasti sebagai spam, keselamatan atau sah menurut undang-undang.
  6. Semak analisis – kenal pasti bilangan klik, rujukan, platform, lokasi geografi dan pelayar. Boleh juga dilihat dalam beza waktu tertentu.

 

SEMAK STATISTIK

Contohnya http://goo.gl/oPCQ

 

Tambah sahaja [.info] dihujung alamat, paparan analitik akan muncul.

 

Jadi, http://goo.gl/oPCQ.info

Singkatkan URL dengan goo.gl

 

TERBUKTI TERPANTAS

Singkatkan URL dengan goo.gl

Laporan daripada Royal Pingdom menunjukkan kepantasan Goo.gl mengalahkan perkhidmatan pemendek URL yang lain.

 

Jom mencuba Goo.gl!

Previous
Next Post »