Tips mengekalkan prestasi komputer

Ada kala sesebuah komputer boleh bertahan sehingga 10 tahun tanpa sebarang masalah. Ada juga yang baru setahun, banyak ragam yang timbul. Mengapa?

 

Hal ini kerana penjagaan yang baik dapat mengelakkan daripada kerosakan berlaku. Menjaga keselamatan komputer bukan sahaja tentang perlindungan dari serangan virus atau Malware, sebaliknya luaran dan dalaman juga perlu dijaga. Hal ini dapat mengekalkan prestasi PC ke tahap maksimum selama yang boleh.

 

Penjagaan yang baik dapat menjamin keselamatan komputer dan juga menjimatkan perbelanjaan bagi kos pembaikan. Windows lama atau yang baharu bukan persoalan, perisian atau peralatan canggih tidak diperlukan. Yang penting, saudara rajin membersih dan mengemas komputer.

 

Antara langkah yang boleh diambil oleh saudara ialah:

 

  1. Beri komputer ruang untuk bernafas – Buang sahaja mana-mana fail yang tidak perlu ke Recycle Bin. Program yang tidak dikehendaki atau digunakan, buang (uninstall) di Control Panel/Programs/Programs and Features. Setelah membuang, gunakan Disk Cleanup untuk membantu saudara mengosongkan sedikit ruang dalam cakera keras. Klik kanan pada mana-mana petakan (partition) C, D, E dan seterusnya di My Computer, Properties > General > Disk Cleanup. [Awas! Jangan sampai terbuang fail-fail sistem di C:\Windows pula, nanti habis jahanam terus]. Tips mengekalkan prestasi komputer 
  2. Semak ralat dalam sektor caker akeras – Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Tidak salah sekiranya saudara memeriksa dan menjalankan pembaikan sektor dalaman cakera keras secara automatik. Sektor yang tidak baik atau rosak akan dikesan dan dibaiki jika tidak teruk. Klik kanan pada mana-mana petakan C, D, E dan seterusnya di My Computer, Properties > Tools > Error-checking > Check now… Tips mengekalkan prestasi komputer 
  3. Susunan fail dengan kemas – Pembahagian petakan sangat penting demi menjamin pengurusan fail yang baik. Selain itu, proses memformat semula ketika berlakunya masalah di luar jangka dapat diselesaikan dengan mudah. Pertama, petakan mesti dibahagikan sekurang-kurangnya kepada 2 petakan atau lebih (bergantung kepada keperluan). Contohnya, cakera keras berkapasiti 500GB. Cerakinkan kepada 3 petakan, iaitu C:\ untuk Windows dan perisian yang dipasang, D:\ untuk hasil kerja, lagu dan filem manakala E:\ untuk sandar (backup) fail atau sistem. Apabila komputer dijangkiti virus, usaha untuk menyelamat masih boleh dilakukan kerana petakan C:\ sahaja yang terjejas. D:\ dan E:\ masih boleh diselamatkan. Kedua, fail-fail yang bertabur akan menyebabkan aplikasi yang dibuka mengambil masa. Solusi: Klik kanan pada mana-mana petakan C, D, E dan seterusnya di My Computer, Properties > Tools > Defragmentation > Defragment now…defragment
  4. Aktifkan System Restore – Penggunaan System Restore akan makan ruang cakera keras sedikit. Jika berlakunya sebarang krisis kegagalan komputer, fungsi ini boleh mengembalikan komputer seperti keadaan terakhir sebelum kehilangan atau kerosakan yang berlaku.Tips mengekalkan prestasi komputer
  5. Kemas kini – Bukan hanya perisian sahaja yang perlu dikemas kini. Antivirus dan Windows juga mesti dikemas kini. Kemas kini antivirus akan mengenal pasti kemunculan virus-virus terbaharu dari pengkalan data dari penghasilnya manakala kemas kini Windows berupaya menangani masalah sekuriti, pemacu (driver), kerosakan major dan minor serta masalah-masalah lain. Pergi sahaja ke Control Panel > System and Security > Windows Update dan klik Check for updates.Tips mengekalkan prestasi komputer
  6. Uninterruptible Power Supply (UPS) – Jika tinggal di asrama atau kawasan yang kerap terputus elektrik, saudara digalakkan untuk membeli sebuah UPS. Ianya sangat membantu ketika berlaku gangguan elektrik secara tiba-tiba. Kesan daripada ribut elektrik boleh merosakkan perkakas komputer dan modem. Kemungkinan terkena ribut elektrik dapat diatasi dengan UPS. Tips mengekalkan prestasi komputer
  7. Buang kekotoran dalam dan luar komputer – Seminggu sekali tidak sukar untuk membersih habuk yang ada di sekitar komputer. Siapa tahu, mungkin ada kentang goreng dalam CPU ketika asyik bermain permainan video. Selain itu, 5-6 bulan sekali bersihkan kipas prosesor yang diselaputi habuk. Untuk makluman, habuk yang terkumpul di dalam CPU mampu meningkatkan suhu semasa komputer menjalankan operasi. Suhu yang tinggi juga boleh merosakkan perkakas komputer tanpa disedari. [Awas! Jangan basuh habuk dengan air sabun atau bahan yang mengandungi magnet] Tips mengekalkan prestasi komputer
Previous
Next Post »