Bagaimana aplikasi Facebook mencuri maklumat peribadi pengguna?

Bagaimana aplikasi Facebook mencuri maklumat peribadi pengguna?

Sejak kemunculan Facebook di Internet, My|___| dan Frindster semakin hilang seri dan pengaruhnya. Inovasi yang dilakukan oleh Facebook telah berjaya menarik perhatian pengguna untuk menghabiskan masa berjam-jam di situ tanpa rasa jemu.

 

Banyak aplikasi yang menarik yang ditawarkan kepada pengguna. Contohnya permainan-permainan dalam talian keluaran Zynga seperti Farmville, Mafia Wars, Poker dan lain-lain lagi. Terdapat juga aplikasi-aplikasi yang eksklusif dan perlu membayar untuk setiap kali penggunaannya.

 

Lebih menarik lagi, pengguna Facebook juga boleh menggunakan kreativiti tersendiri untuk mencipta apa-apa sahaja aplikasi di Facebook secara percuma. Ruang pembangun di Facebook Developers membenarkan pengguna menggunakan platform seperti Android, C#, iPhone, Javascript, PHP dan Phyton.

 

Maka banyak karya hasilan yang dicipta daripada pengguna Facebook seperti kuiz, soalan popular berkenaan artis, watak berpengaruh atau kartun, hadiah, kalendar dan pelbagai aplikasi yang boleh dicuba. Ada yang menarik dan ada juga yang mengarut dan bukan-bukan. hasilan aplikasi yang baik dapat menarik minat pengguna untuk mencuba tanpa ragu-ragu. Inilah kelebihan yang tidak ada di laman-laman sosial yang lain.

 

Walau bagaimanapun, pengguna tidak sedar bahawa maklumat peribadi mereka mula tersebar secara tidak sengaja setelah menggunakan aplikasi yang disediakan dengan kerelaan sendiri. Secara tidak langsung, penyangak aplikasi tertentu dapat mengenal pasti minat, kecenderungan dan tumpuan pengguna Facebook. Hal ini biasanya digunakan oleh pengiklan dan pengeluar produk untuk memasarkan sesuatu sesuai dengan minat, kecenderungan dan tumpuan pelanggan.

 

Penulis difahamkan bahawa tiada sebarang tetapan yang boleh menyekat maklumat peribadi pengguna Facebook digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab setakat ini. Walaupun pengguna memasang sekuriti pihak ketiga atau meminimakan paparan status di Facebook juga tidak berkesan. Yang ada, hanya sekatan kepada rakan-rakan sahaja.

 

Langkah terbaik ialah tidak perlulah semua jenis kuiz atau aplikasi dicuba. Sertai yang mana-mana aplikasi yang diminati sahaja.

 

CARA MENYEKAT PAPARAN MAKLUMAT PERIBADI KEPADA RAKAN

 

  1. Klik Akaun > Tetapan Privasi > Sunting tetapan di bahagian Aplikasi dan Laman SesawangBagaimana aplikasi Facebook mencuri maklumat peribadi pengguna?
  2. Klik Sunting tetapan di bahagian Maklumat yang boleh dicapai melalui kawan-kawan. Bagaimana aplikasi Facebook mencuri maklumat peribadi pengguna?
  3. Cuba perhatikan betul-betul di sini. Maklumat peribadi yang terdedah.Bagaimana aplikasi Facebook mencuri maklumat peribadi pengguna?
  4. Ubah tetapan dan simpan. 
Previous
Next Post »