Hiasi Wordle dengan perkataan

Hiasi Wordle dengan perkataan Hiasi Wordle dengan perkataanHiasi Wordle dengan perkataan

Mahu cipta latar belakang seperti ini?

 

Wordle merupakan hasilan Jonathan Feinberg. Aplikasi yang dihasilkan oleh beliau menggunakan teknologi Java.

 

Dengan hanya memasukkan beberapa perkataan di ruang kotak mengikut arahan, hasilan dapat dilihat dengan beberapa klik sahaja. Terdapat 30 pilihan jenis tulisan dan 14 pilihan jenis warna. Saudara juga masih boleh mengedit susun atur sesuka hati mengikut cita rasa sendiri.

 

CARA PENGHASILAN

  1. Klik butang ‘Create’
  2. Masukkan gugusan perkataan atau suapan Atom/RSS laman atau blog
  3. Tekan ‘Go’ atau ‘Submit’
  4. Ubah tetapan pada bahagian ‘Edit’, ‘Language’, ‘Font’, ‘Layout’ dan ‘Color’
  5. Cuba jaya sehingga berjaya mendapatkan hasil yang diingini.

11-3-2010 5-37-20 AM

11-3-2010 5-45-01 AM

CARA MENYIMPAN ATAU MERAKAM HASILAN

  1. Klik butang ‘Print Screen’ di papan kekunci
  2. Buka perisian Paint.exe
  3. Tekan Ctrl+V
  4. Edit atau potong ‘crop’ supaya lebih kemas.
  5. Simpan.

 

atau boleh juga merujuk panduannya di sini.

 

Siap dan boleh muatkan hasilan saudara di galeri Wordle atau ruang komen di bawah.

 

Selamat mencuba.

Previous
Next Post »