Sekat laman lucah dengan cara manual

Sekat laman lucah dengan cara manual Bimbang anak melayari laman-laman lucah di rumah? Pekerja tidak produktif kerana memuat turun pronografi di pejabat? Mengelat dengan membuka Facebook?

 

Teknomasi ada cara untuk menanganinya. Tidak perlu sebarang pemasangan perisian tambahan. Cukup dengan menambah kod pengaturcaraan sahaja dalam sistem komputer.

 

Sudah bersedia? Mari kita mulakan.

 

1. Buka direktori C:\Windows\System32\drivers\etc

 

2. Buka folder etc dan klik fail bernama hosts. Buka dengan Notepad.

 

3. Masukkan skrip seperti di bawah ini:

127.0.0.1 <jarakkan> www.websitelucah.com
127.0.0.1 <jarakkan> websitelucah.com

atau

127.0.0.1 <jarakkan> www.facebook.com
127.0.0.1 <jarakkan> facebook.com

 

4. Sebaik-baiknya buat 2 skrip seperti di atas untuk setiap laman atau blog yang disekat.

 

5. Simpan seperti biasa. Cuba masuk laman/blog tersebut untuk mengujinya. Hehehe.

 

Tak boleh juga? Tanya di ruang komentar. :)

 

p/s: walaupun laman/blog berdomain percuma seperti .blogspot atau .wordpress, kekalkan sahaja kodnya sama seperti di atas.

Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
Crazy Death
AUTHOR
Ahad, Julai 24, 2011 12:12:00 PTG delete

x jmpa pon folder etc dlam system32..

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Ahad, Julai 24, 2011 11:00:00 PTG delete

Folder etc - hidden. Jadi, ubah tetapan di Folder Option.

Untick - hide extensions for known file types dan hide protected operating system files.

Reply
avatar