Mencari kedai atau perkhidmatan servis telefon bimbit?

Mencari kedai atau perkhidmatan servis telefon bimbit? Telefon bimbit rosak?

 

Skrin LCD pecah?

 

Papan kekunci tidak boleh dipicit?

 

Papan induk telefon bimbit terbakar?

 

Telefon masuk air?

 

Semua masalah atas berlaku tanpa diduga atau kecuaian sendiri.

 

Nak beli yang baharu tiada duit. Lagipun yang rosak itu sudah mencecah seribu ringgit harganya. Manalah mampu nak membeli lagi. Lainlah jikalau saudara anak keluarga yang kaya-raya. Pastinya tiada masalah.

 

Selama ini penulis langsung tidak tahu adanya pejabat yang benar-benar menyediakan perkhidmatan servis telefon bimbit secara profesional. Kebiasaannya, kita memilih untuk menghantar telefon yang rosak atau mengalami masalah tertentu ke kedai-kedai yang berhampiran. Kita meyakini bahawa kedai tersebut mampu memulihkan telefon bimbit seperti sedia kala.

 

Walau bagaimanapun, sanggupkah kita menghadapi risiko ditipu oleh pekedai? Terdapat beberapa kes pelanggan ditipu pekedai. Antaranya ialah bateri cas original ditukar dengan yang lain, kad memori dicuri, papan induk telefon diambil untuk dibuat telefon recondition, bekas (casing) ditukar dan sebagainya. Pendek kata, kita tertipu, ditipu dan dirompak secara profesional. Kes sebegini bukanlah sesuatu yang asing, lebih-lebih lagi di Kompleks Pertama (sebelah Sogo).

 

2 hari yang lepas penulis telah singgah sebentar di Mobile Technic Sdn. Bhd. (MTSB). Lokasinya yang terletak di Tingkat 10, Menara Melawangi, Amcorp Mall agak tersorok sedikit dari pandangan pengunjung. Penulis ke situ untuk memperbaiki telefon bimbit yang rosak akibat kecuaian sendiri, Nokia 5800XM jatuh semasa membawa motor dan dilanggar lori awal Oktober lepas.

 

Jika di kedai telefon bimbit, pekedai belum tentu dapat memperbaiki telefon yang rosak dengan kemahiran yang dimiliki. Selain itu, sebutan harga (quotation) alat ganti disebut anggaran secara kasar.

 

Berbeza di MTSB, saudara perlu mengambil nombor seperti di bank dan menunggu giliran untuk dilayan. Sebaik sahaja nombor dipanggil, penulis menyatakan kerosakan dan masalah yang dialami. Semakan alat ganti dibuat untuk melihat ada atau tidak dalam stok. Jika tidak, tempoh memperbaiki mengambil masa untuk menunggu alat ganti tiba. Itu yang kadangkala kita rasa tertipu oleh pekedai yang menjanjikan tempoh memperbaiki memakan masa selama seminggu. Alih-alih masih juga tidak boleh diambil lagi walaupun sudah lebih seminggu.

 

Selain itu, sebut harga alat ganti diberitahu kepada pelanggan untuk membuat pengesahan. Setuju atau tidak? Menariknya, harga yang ditawarkan memang berpatutan. Kalau di kedai, pekedai buat anggaran sebanyak RM200 hingga RM250 untuk memperbaiki skrin Nokia 5800XM tetapi cuma RM113.70 di MTSB. Murah bukan?

 

Beberapa klien yang menunggu di situ datangnya dari Digital Mall dan Plaza Lowyat untuk mengambil telefon pelanggan yang rosak. Tengok, berapa banyak pekedai sudah untung untuk kes saya? Pekedai pun hantar telefon pelanggan di sini juga. Apa bezanya? Mereka mendapat keuntungan atas angin yang agak melampau!

 

Selepas ini, saudara boleh melakukan penjimatan dengan menghantar telefon bimbit di cawangan-cawangan MTSB yang berdekatan lokasi saudara. Pastinya saudara tidak berasa rugi atau was-was untuk ditipu pekedai lagi kerana mendapat servis profesional daripada juruteknik MTSB yang terlatih. Pastikan bateri, kad memori dan kad sim dibawa pulang sebelum meninggalkan telefon saudara.

 

Penulis juga difahamkan bahawa MTSB menyediakan perkhidmatan servis untuk model Sony Ericsson. Untuk senarai lokasi MTSB di seluruh negara, lihat seperti yang tertera di bawah:

Mencari kedai atau perkhidmatan servis telefon bimbit?

SERVIS NOKIA DAN SONY ERICSSON

 

Cawangan: Petaling Jaya

W-10-21, Tingkat 10, Melawangi Business Suite, Pusat Perniagaan AMCORP, 18, Jalan Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia 

 

Cawangan: Kuala Lumpur

GC006 Tingkat Bawah, Bukit Bintang Plaza, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

 

Cawangan: Kota Bharu

Lot 3.11, Tingkat 3, Kota Seri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

 

SERVIS NOKIA SAHAJA

Cawangan: Pulau Pinang

G-8, Megamal Pinang, 2828 Jalan Baru, Bandar Perai Jaya, 13600 Perai, Pulau Pinang, Malaysia

 

Cawangan: Johor Bharu

Unit 02-14, Tingkat 2, No. 158, Landmark IT Mall, 12, Jalan Ngee Heng, 80000 Johor Bharu, Johor, Malaysia

 

Cawangan: 1 Utama

S330C, Tingkat 2, 1 Utama Shopping Centre (New Wing), No. 1, Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

 

SERVIS SONY SAHAJA

 

Cawangan: Pulau Pinang

Lot 33-4-38, Tingkat 4, Perangin Mall, 10100 Komtar, Pulau Pinang, Malaysia

 

Cawangan: Ipoh

No. 66A, Lebuh Medan Ipoh, Bandar Baru Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Khamis, Mac 01, 2012 9:44:00 PG delete

model iphone boleh aiki tak? screen damage..

Reply
avatar