[Edisi Lelaki] Komputer riba mampu memasak testikel saudara

[Edisi Lelaki] Komputer riba mampu memasak testikel saudara

Aksi berbahaya untuk keselamatan testikel saudara

 

Mungkin agak keterlaluan tajuk artikel kali ini. Namun, Teknomasi ada ceritanya yang tersendiri.

 

Penulis yakin bahawa ada dalam kalangan pembaca yang suka meletakkan komputer riba di atas peha untuk melakukan kerja. Tabiat ini akan menjadi kebiasaan apabila dilakukan berulang-ulang kali.

 

Sedar atau tidak tabiat ini mampu memberi bencana kepada lelaki. Dalam tempoh 10 hingga 15 minit sahaja sudah cukup untuk memberi kesan kepada sistem peranakan akibat pendedahan suhu panas daripada komputer riba.

 

Kajian telah dilakukan terhadap 29 orang lelaki dengan komputer riba di atas peha. Hasil mendapati mereka tidak berasa apa-apa peningkatan suhu selepas menggunakannya dalam tempoh 10 minit. Situasi ini secara tidak langsung akan menjejaskan peluang bagi mereka yang mahukan anak.

 

Walaupun tiada bukti bahawa pandangan ini boleh diterima namun suhu yang tinggi mampu mempengaruhi pengeluaran kilang sperma. Cadangan menggunakan bantal sebagai pelapik juga belum tentu dapat melindunginya. Yang pasti, elakkan daripada testikel terdedah dengan suhu yang tinggi supaya tidak mengalami masalah scrotal hyperthermia.

 

Akhir kata, lindungilah testikel saudara daripada tercedera daripada merana di kemudian hari. Melainkan, saudara Gay orangnya. Lol.

 

Rujukan: Gawker

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Jumaat, Februari 01, 2013 1:17:00 PG delete

Assalamualaikum. pandai-pandai lah jaga diri...letak atas meja sudahlah laptop tuuuuu....ikut panduan yang telah diberikan,banyak lagi yang kena tauuu,saya pun begitu juga ,kena hati-hati dengan laptop niiii,,,nak eksyen boleh laaa..letak atas riba.silap-silap mata boleh jadi semakin rabun....adoiiiiiii!!!!!!

Reply
avatar