Usia 12 tahun sudah jadi pembangun aplikasi Nokia

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana memenangi Piala Suzuki AFF 2011 selepas menumpaskan Indonesia secara agregat 4-2.

Lari daripada topik hangat hari ini. Teknomasi mahu berkongsi cerita Fahma Waluya Rosmansyah, 12 tahun, sudah berjaya menghasilkan beberapa aplikasi dan permainan di Ovi Store.

Fahma Waluya Rosmansyah bersama Nokia E71

Kelahiran budak lelaki ini pada tahun 1998, sama seperti kebanyakan kanak-kanak yang lain, suka bermain permainan video dan telefon bimbit. Katanya, dia menghabiskan masa menghasilkan aplikasi dan permainan untuk membantu kanak-kanak Indonesia mempelajari bahasa Inggeris dan asas kemahiran Matematik.

Teknomasi difahamkan bahawa dia mula belajar membangun aplikasi menggunakan Adobe Flash sejak tahun 5 lagi. Tahun yang sama dia menghasilkan BAHANA, iaitu satu aplikasi untuk kanak-kanak mempelajari huruf, nombor dan warna dengan Nokia E71.

Kemudian, dia menghasilkan lebih 5 aplikasi pada tahun 6. Satu daripadanya ialah ENRICH yang boleh dimuat turun di Ovi Store. ENRICH merupakan aplikasi terjemahan daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Inggeris menggunakan gambar berwarna dan perkataan yang mudah.

Baru-baru ini dia telah menerima Anugerah TMK Indonesia 2010.

 

Antara muka ENRICH

EnrichMenu-450x253

EnrichScreen-450x253

 

p/s: Wah, kalah penulis dengan budak lelaki ini. Guna Flash pun tak tahu lagi T_T

 

Sumber:

The Official Nokia Blog

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar