Implikasi negatif paparan 3D kepada manusia

Implikasi negatif paparan 3D kepada manusia Ketika pengeluar terkemuka seperti Sharp, LG dan Samsung berlumba-lumba untuk menghasilkan televisyen 3D, timbul isu yang kurang enak berkenaan implikasi kesihatan kepada pengguna.

Barangkali saudara juga berasa pelik bukan?

Namun, perkara ini telah diberi amaran oleh Samsung sendiri.

Golongan kanak-kanak dan remaja boleh menerima kesan kesihatan dengan menonton paparan 3D. Hal ini kerana mereka perlu menonton rapat untuk melihat imej bergerak.

Selain itu, ibu mengandung, warga tua, individu yang mempunyai masalah perubatan yang serius dan dibawah pengaruh alkohol tidak digalakkan untuk menonton televisyen 3D. Dikhuatiri kesan daripada paparan 3D menyebabkan kegagalan orientasi penglihatan yang betul sehingga boleh menyebabkan jatuh dari tangga, melanggar objek dan lain-lain lagi.

Implikasi negatif paparan 3D kepada manusia

Begitu juga dengan Nintendo 3DS. Konsol permainan ini tidak digalakkan dimainkan oleh kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke bawah. Perkembangan penglihatan mereka tidak sesuai untuk menerima imej 3D dan boleh menyebabkan fokus penglihatan menjadi tidak tertumpu.

Sumber:

PCWorld

Previous
Next Post »