Produk TMK terbaik sepanjang tahun 2010

Produk TMK terbaik sepanjang tahun 2010

Telefon Terbaik: Samsung Epic 4G

Telefon ini dikatakan sebagai ”pembunuh telefon multimedia”. Kelebihan yang dimiliki ialah menyokong jaringan 4G, papan kekunci QWERTY, kamera hadapan dan menggunakan sistem operasi Android 2.1

 

Produk TMK terbaik sepanjang tahun 2010

Televisyen Terbaik: Samsung C8000 series

 

Model ini memaparkan kualiti video dan audio yang terbaik dalam pakej yang nipis. Dengan keupayaan sambungan internet, saudara juga boleh menjalani aplikasi seperti Skype. Walau bagaimanapun, kawalannya agak melecehkan dan harga terlalu mahal.

 

Produk TMK terbaik sepanjang tahun 2010

Komputer Meja Terbaik: HP TouchSmart 310

 

Keluaran HP ini cukup sesuai digunakan oleh keluarga di rumah. Keupayaan menyentuh antara muka dan diintegrasikan dengan HDTV menjadikan sesuatu yang menarik. Namun, ruang port terhad dan paparan bukan 1080 piksel yang sebenar.

 

Produk TMK terbaik sepanjang tahun 2010

Kamera Terbaik: Sony Alpha NEX-5

 

Kamera beresolusi 14.6 megapiksel ini menyokong kad memori jenis SD, SDHC dan Memory Stick. Kualiti imej yang padu dengan variasi mod inovatif seperti Sweep Panorama dan Burst. Video juga boleh dirakam dengan sistem bunyi stereo dalam definisi tinggi. Walau bagaimanapun, fungsi denyar (flash) perlu dibeli secara berasingan.

 

Produk TMK terbaik sepanjang tahun 2010

Komputer riba terbaik: HP Envy 14

Produk HP ini diinspirasi daripada komputer riba Apple Macbook Pro. Spesifikasi yang ditawarkan cukup berkuasa dan sesuai dengan tuntutan semasa. Ironinya, model ini tidak mempunyai tetapan untuk mengubah kecerahan skrin kepada pusam dan bateri mampu bertahan 4 jam sahaja.

Produk TMK terbaik sepanjang tahun 2010

Pembaca Elektronik Terbaik: Kindle Wi-Fi + 3G (generasi ketiga)

 

Suasana membaca hari ini berubah daripada bentuk cetak kepada elektronik. Dengan Kindle, kita boleh membaca di mana-mana sahaja yang disukai dan tidak lagi perlu memikirkan faktor ruang dan berat khususnya perantau dan pelancong. Paparan muka surat juga boleh diubah dengan pantas. Kelemahannya pula ialah akses stor yang lembab dan pengendalian PDF yang lemah.  

Produk TMK terbaik sepanjang tahun 2010

Tablet Terbaik: Apple iPad

 

Nampak seakan-akan sama seperti Kindle. Namun, fungsinya lebih pelbagai. Saiznya sebesar A4 dan antara muka sentuhannya berkelas dunia. Paparan gambar dan video cukup cantik apabila dimainkan manakala jangka hayat penggunaan bateri mampu bertahan selama sehari suntuk. Kelemahan yang mengecewakan pengguna ialah iPad tidak boleh menguruskan fail, tiada kamera dan tidak boleh menjalankan banyak aplikasi secara serentak. Selain itu, blog dan laman sesawang yang disokong Flash tidak boleh dilayari.

 Produk TMK terbaik sepanjang tahun 2010

Alat Storan Terbaik: Crucial Real SSD C300

 

Solid State Disk (SSD) semakin popular penggunaannya dalam komputer. Kelebihan membaca dan menulis dalam jangka masa yang singkat mendorong pengguna memilih SSD untuk dijadikan sebagai Local Disc (C:/). Perbezaannya cukup ketara berbanding menggunakan cakera keras biasa sehingga proses boot dan shut down hanya sekelip mata sahaja. Malangnya, harga SSD lebih mahal.

 

Produk TMK terbaik sepanjang tahun 2010

Pencetak Terbaik: HP OfficeJet Pro 8500A Plus

 

Pencetak model ini sesuai digunakan oleh seisi keluarga dan pejabat kecil. Kelebihan yang dimiliki ialah berprestasi pantas dan penggunaan dakwat yang menjimatkan. Walau bagaimanapun, imbasan berwarna sedikit pudar hasilnya.

Produk TMK terbaik sepanjang tahun 2010

Media Terbaik: Roku XDS

 

Roku XDS merupakan peranti aliran (streaming) media berdefinisi tinggi (HD) daripada Internet. Saiznya yang kecil, mudah dipasang sehingga 75 saluran dan menyokong Wi-Fi merupakan pilihan media terbaik setakat ini.

 

Sumber:

PCWorld

Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar
RIS-FAMILI
AUTHOR
Sabtu, Januari 29, 2011 8:48:00 PG delete

As Salam,
Naper ye blog ni bila nak senaraikan blog ni dalam 'blog list', keluar error bgtahu camni 'could not detect a feed for this url'. Aku cadang nak letak blog ni dlm senarai tersebut supaya bila ada entri terbaru senang aku kesan dan terus baca. Sekarang ni blog ni sentiasa didasar senarai bila aku letak.

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Isnin, Januari 31, 2011 10:34:00 PTG delete

Saya memohon maaf atas kesulitan yang dialami. Sebenarnya berlaku sedikit ralat semasa mendaftar Feedburner suatu ketika dahulu.

Jadi, untuk membuat suapan blog supaya tidak ketinggalan artikel-artikel baharu, bolehlah gunakan ini: http://feeds.feedburner.com/Teknomasi

Harap membantu... :)

Reply
avatar