Angry bird merupakan permainan video bergenre teka-teki (puzzle) yang hangat di pasaran kini. Permainan ini dibangunkan oleh Rovio, sebuah syarikat yang berpengkalan di Finland.
Tarikan Angry Bird kepada pengguna iPhone cukup kuat sejak kemunculan pertama pada Disember 2009. Lebih 12 juta unit dijual menerusi App Store.
Selain itu, permainan ini berjaya menarik minat perhatian seluruh dunia untuk cuba bermain dengan lebih 50 juta kali dimuat turun dalam pelbagai platform. Antaranya ialah iOS, Maemo (Nokia N900), Palm webOS, Android, Symbian^3, PSP, PS3, Windows dan Mac OS X.
Cara bermain
Dalam permainan video Angry Bird, pemain perlu melastik burung ke arah khinzir untuk membunuh. Hal ini kerana kebiadaban khinzir mencuri telur burung untuk dimakan.
Setiap peringkat, terdapat pelbagai bahan seperti kayu, ais dan batu melindungi lokasi khinzir daripada menjadi sasaran. Jadi, pemain perlu mengatur strategi, tepat membidik sasaran dan bijak menggunakan pilihan jenis burung. Di peringkat yang lebih tinggi lagi, bahan letupan dan batuan yang lebih besar dapat membantu membunuh khinzir dengan lebih berkesan.
Jenis-jenis Angry Bird dan kemampuannya
Sebaik sahaja burung dilepaskan daripada dilastik, saudara perlu menekan sekali untuk memberi arahan kepada Angry Bird menunjukkan kehebatan masing-masing.
Berikut adalah jenis Angry Bird dan kelebihan yang dimiliki:
- Angry Bird merah: Biasa
- Angry Bird biru: Boleh memisahkan dirinya kepada 3 ekor, berkesan untuk memecahkan kaca
- Angry Bird hitam: Berupaya meletupkan diri, sangat kuat kesan letupan yang dihasilkan
- Angry Bird kuning: Terbang dengan lebih pantas dan berkesan memecahkan kayu
- Angry Bird putih: Melepaskan telur bom untuk memecah halangan
- Angry Bird hijau: Umpama boomerang. Biarkan terbang jauh dahulu, barulah menekan untuk membuat U-turn
- Angry Bird gemuk: Luar biasa
6 Komentar
Write Komentardah main pun..wek...amek kat twit2..
Replyboleh main kat pc ke?...nak main kat opis nih;p
Reply@maverick: Boleh. Habis semua peringkat 2 hari sahaja.
ReplyGame ni mmg terbaik. Kt iPhone mmg da ketagih main game ni. Kt PC kurg best la. nk kena touch gak,baru lyn. hehe
Replymcm best je tgk game ne. nk try gak la.
Replybtw ko ipg gak an bro?
@Finalcross: Betul cakap ko. Aku pun cadang nak beli iPad bulan depan kalau elaun dah masuk. Pastu jailbreak...hehehe...
Reply@rockinsudu: Aah...cuba la main. Pasti ketagih...kehkehkeh..
EmoticonEmoticon