Jom main Angry Bird di komputer

Jom main Angry Bird di komputer Angry bird merupakan permainan video bergenre teka-teki (puzzle) yang hangat di pasaran kini. Permainan ini dibangunkan oleh Rovio, sebuah syarikat yang berpengkalan di Finland.  

Tarikan Angry Bird kepada pengguna iPhone cukup kuat sejak kemunculan pertama pada Disember 2009. Lebih 12 juta unit dijual menerusi App Store.

Selain itu, permainan ini berjaya menarik minat perhatian seluruh dunia untuk cuba bermain dengan lebih 50 juta kali dimuat turun dalam pelbagai platform. Antaranya ialah iOS, Maemo (Nokia N900), Palm webOS, Android, Symbian^3, PSP, PS3, Windows dan Mac OS X.

 

Alkisah Burung Marah VS Khinzir Jahat

 

Cara bermain

Dalam permainan video Angry Bird, pemain perlu melastik burung ke arah khinzir untuk membunuh. Hal ini kerana kebiadaban khinzir mencuri telur burung untuk dimakan.

Setiap peringkat, terdapat pelbagai bahan seperti kayu, ais dan batu melindungi lokasi khinzir daripada menjadi sasaran. Jadi, pemain perlu mengatur strategi, tepat membidik sasaran dan bijak menggunakan pilihan jenis burung. Di peringkat yang lebih tinggi lagi, bahan letupan dan batuan yang lebih besar dapat membantu membunuh khinzir dengan lebih berkesan.

 

Jenis-jenis Angry Bird dan kemampuannya

 

Kehebatan setiap jenis Angry Bird

Sebaik sahaja burung dilepaskan daripada dilastik, saudara perlu menekan sekali untuk memberi arahan kepada Angry Bird menunjukkan kehebatan masing-masing.

Berikut adalah jenis Angry Bird dan kelebihan yang dimiliki:

  1. Angry Bird merah: Biasa
  2. Angry Bird biru: Boleh memisahkan dirinya kepada 3 ekor, berkesan untuk memecahkan kaca
  3. Angry Bird hitam: Berupaya meletupkan diri, sangat kuat kesan letupan yang dihasilkan
  4. Angry Bird kuning: Terbang dengan lebih pantas dan berkesan memecahkan kayu
  5. Angry Bird putih: Melepaskan telur bom untuk memecah halangan
  6. Angry Bird hijau: Umpama boomerang. Biarkan terbang jauh dahulu, barulah menekan untuk membuat U-turn
  7. Angry Bird gemuk: Luar biasa

 

Muat turun (dimuat naik oleh Teknomasi)

Klik sini

Previous
Next Post »

6 Komentar

Write Komentar
farieza
AUTHOR
Selasa, Januari 11, 2011 11:28:00 PG delete

dah main pun..wek...amek kat twit2..

Reply
avatar
maverick
AUTHOR
Selasa, Januari 11, 2011 10:16:00 PTG delete

boleh main kat pc ke?...nak main kat opis nih;p

Reply
avatar
msbmna
AUTHOR
Rabu, Januari 12, 2011 7:48:00 PG delete

@maverick: Boleh. Habis semua peringkat 2 hari sahaja. :)

Reply
avatar
Finalcross
AUTHOR
Rabu, Januari 12, 2011 7:03:00 PTG delete

Game ni mmg terbaik. Kt iPhone mmg da ketagih main game ni. Kt PC kurg best la. nk kena touch gak,baru lyn. hehe

Reply
avatar
rockinsudu
AUTHOR
Khamis, Januari 13, 2011 7:57:00 PTG delete

mcm best je tgk game ne. nk try gak la.
btw ko ipg gak an bro?

Reply
avatar
msbmna
AUTHOR
Ahad, Januari 16, 2011 2:40:00 PTG delete

@Finalcross: Betul cakap ko. Aku pun cadang nak beli iPad bulan depan kalau elaun dah masuk. Pastu jailbreak...hehehe...

@rockinsudu: Aah...cuba la main. Pasti ketagih...kehkehkeh..

Reply
avatar