Sebelum ini penulis menggunakan Kaspersky Internet Security 2011 untuk menjamin pertahanan sistem komputer daripada dicerobohi, dilumpuh dan dirosakkan oleh anasir jahat seperti virus, malware, trojan dan cecacing. Kehebatan Kaspersky menangani masalah berkaitan pertahanan sesebuah komputer telah diuji penulis sendiri sejak tahun 2007. Penggunaan penulis dalam produk Kaspersky bukan jenis Anti Virus (KAV), sebaliknya Internet Security (KIS) sesuai dengan penggunaan internet yang tegar. Siap apresiasi tentang Kaspersky ditulis penulis awal tahun 2010 secara terus-terang (bukan kerana ditaja).
Di hujung tempoh lesen tamat, kira-kira 40 hari lagi, tiba-tiba laman utama Firefox yang kebiasaannya gelintar Google berubah menjadi Private Search Service (Allysearch). Awal peristiwa tersebut penulis kurang mengambil endah kerana menganggap Google menukar imejnya bersempena hari-hari tertentu berdasarkan warna yang digunakan. Walau bagaimanapun, penulis mendapati carian yang disenaraikan kurang berkesan dan tidak terperinci sebagaimana lazimnya. Semakan yang dibuat di bahagian tetapan Firefox dan Control Panel berlaku perubahan di ruang alamat laman utama pelayar laman sesawang.
Hampir 3 hari juga penulis mencari penyelesaian dan akhirnya dapat juga masalah tersebut diatasi. Cadangan daripada teman forum Putera.com supaya menggunakan Malwarebytes sangat mujarab. Bagaimana mungkin kejadian yang tidak diingini sebegitu tidak dapat dikesan oleh KIS 2011? Penulis bukan menggunakan antivirus yang percuma dan terhad fungsinya, sebaliknya berbayar dan merupakan antara antivirus terbaik dunia.
Sebaik tempoh lesen KIS 2011 tamat, penulis terus tidak memperbaharui lagi lesen Kaspersky. Peristiwa yang berlaku sedkit sebanyak meruntuhkan keyakinan penulis untuk terus setia bersama Kaspersky. Sejak Kaspersky menghasilkan versi terkini antivirusnya, penulis mendapati penggunaan RAM menjadi semakin tinggi. Adakala komputer menjadi tersangkut beberapa saat sebelum dapat berfungsi semula. Untuk makluman pembaca, komputer penulis sudah menggunakan 4GB RAM dan mustahil tidak cukup untuk melancarkan operasi sistem komputer. Lebih baik penulis menggunakan antivirus yang percuma tetapi mengagumkan prestasinya.
Microsoft Security Essantial (MSE), antivirus keluaran Microsoft, disediakan secara percuma dan mendapat pengiktirafan dan kritikan baik daripada pakar komputer. Penulis tanpa rasa ragu-ragu terus membuang Kaspersky dan memasang MSE bersama-sama Malwarebytes’ Anti Malware (MAM). Hal ini kerana MSE cuma dapat mengesan virus sahaja. Dengan menambah MAM, perlindungan komputer lebih menyeluruh. Walaupun 2 antivirus beroperasi serentak, sistem komputer masih dapat berjalan lancar dan tidak tersangkut. Sehingga hari ini, kedua-dua antivirus ini menjalankan tugas dengan baik. Anasir jahat ditangani dengan baik dan penulis masih belum memformat semula komputer kerana serangan virus.
Tidak keterlaluan sekiranya penulis menyatakan bahawa MSE dan MAM merupakan antivirus terbaik dalam kategori percuma pada masa kini. Penulis pernah menggunakan antivirus percuma yang lain seperti AVG, Avira, Bitdefender, McAfee, Webroot, Trend Micro, Avast dan Eset namun hasilnya cukup mengecewakan.
Muat turun:
- Malwarebytes’ Anti Malware - http://goo.gl/HEGEf
- Microsoft Security Essantial - http://goo.gl/7VsSS
7 Komentar
Write KomentarAku dah pakai MSE dan diakui memeg terbaik utk yg free. Tapi MAM belum pakai sbb rasanya utiliti yg ada dlm komputer aku masih berbaloi. Utiliti percuma gak. Hehehe..
ReplyGuna utiliti apa? Mana tahu lebih baik daripada MAM?
ReplyAku guna CCleaner, AML Registry Cleaner dan Advance System Care je. Cari yg free je. Hehehe....
ReplyUtiliti aku biasa guna TuneUp Utilities. Kemudian, buat tetapan seminggu sekali secara automatik.
ReplyCCleaner aku tak guna dah sebab fail yang dibuang tak ada dalam Recycle Bin. Susah nak restore fail lama yang dah terbuang.
Sebenarnya tak pasang utiliti tambahan pun tak ada masalah sebab dalam Windows sudah siap tersedia. Cuma kita perasan atau tidak sahaja. Klik butang Start/ logo Windows > All Programs > Accessories.
Kalau nak tahu lebih lanjut, klik sini: http://www.teknomasi.com/2010/10/jadual-penjagaan-komputer.html
Nak tanya sikit...
Replykalau RAM komputer saya hanya 2GB...boleh ke saya menggunakan Malwarebytes dan MSE serentak
-Thanks-
Tak ada masalah. Task Manager saya kesan penggunaan RAM untuk MSE+Malwarebytes tak sampai 50MB daripada 4GB.
Replysy lebih ska menggunakan threatfire+MSE, untk utiliti plak, advnced systemcare pro v4.2..
ReplyEmoticonEmoticon