Pengalaman menggunakan Firefox 4

ff4

Penulis telah menggunakan Mozilla Firefox sejak edisi satu lagi. Sehingga hari ini, rasa cinta dan sayang masih sama seperti dahulu. Kemunculan Google Chrome 10, Opera 11, Safari 5 dan Internet Explorer 9 masih belum dapat menggoncang keyakinan penulis terhadap maskot musang berapi ini. Kelebihan ekstensi dan tema yang pelbagai, memudahkan urusan penulis dalam melakukan carian, membaca kod html, memuat turun, melayari laman sesawang atau blog, memilih tema kesukaan dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Yang paling penting, masalah laga (crash) yang kerap berlaku ketika menggunakan Google Chrome jarang sekali berlaku kepada Firefox. Jikalau ada pun disebabkan penulis membuka sehingga 20 tab pada satu-satu masa. 

Baru-baru ini Firefox 4 telah dilancarkan demi menyaingi pesaing-pesaing pelayar laman sesawang jenama lain. Laporan Paul Lilly dalam “Pertarungan Pelayar Laman Sesawang 2011: Yang Manakah Raja Baharu Pelayar Laman Sesawang?” menunjukkan prestasi Firefox 4 lebih baik daripada Google Chrome 10, walaupun diekori rapat dengan beberapa ciri yang ditawarkan lebih baik daripada Firefox 4. Ketika artikel ini ditulis, sebanyak 33,700,000 kali Firefox 4 dimuat turun (purata 3,000 kali dalam seminit, rujuk sini).

 

Ciri baharu Firefox 4

1. Lebih pantas daripada edisi yang sebelum ini.

3-23-2011 2-38-18 AM

 

2. Antaramuka minimalist

Edisi kali ini menawarkan butang Firefox baharu. Lebih kemas dan menjimatkan ruang. Tab pula diubah kepada ‘App tab’ dengan paparan simbol favicon sahaja.

3-27-2011 9-38-07 PM

Walau bagaimanapun, jika saudara mahukan paparan menu seperti dahulu boleh mengubah dengan menekan: Alt > View > Toolbars > Menu Bar.

 

3. Firefox sync

3-27-2011 9-26-23 PM

Proses segerak (syncronize) dapat membantu saudara menyimpan bookmark, kata laluan, rujukan, sejarah dan tab yang terdapat dalam Firefox. Sebelum ini, kerja-kerja segerak perlu dibuat secara manual atau dengan menambah ekstensi seperti Xmarks dan LastPass. Kini, saudara hanya perlu mendaftar dengan akaun e-mel sahaja dan proses segerak dijalankan secara automatik.

Pemasangan komputer yang baru hanya perlu dijalankan dengan proses segerak sahaja dengan mudah. Bagi pengguna telefon bimbit berasaskan Android dan Maemo, proses segerak juga boleh dibuat di telefon bimbit saudara. Hebat!

 

4. Proses kemas kini versi yang mudah

Klik Help > About Firefox. Paparan di bawah akan muncul.

3-27-2011 9-20-41 PM

 

Muat turun Firefox 4

Klik sini: http://goo.gl/NxsEo

3-27-2011 8-51-32 PM

Previous
Next Post »