8 tips merakam gambar menerusi telefon bimbit dengan lebih baik

8 tips merakam gambar menerusi telefon bimbit dengan lebih baik

(1) Telefon bimbit tidak bergegar atau bergoncang

Punca utama gambar yang dirakam menjadi kabut ialah pergerakan yang tidak disengajakan berlaku pada saat gambar sedang dirakam. Kebiasaannya, saudara menyangka gambar telah direkodkan dalam memori walhal sebenarnya tidak berlaku lagi (rujuk tips 7). Pastikan telefon bimbit dipegang dengan kedua-dua belah tangan. Sekiranya saudara dalam proses mencari pilihan tefon bimbit berkamera, terdapat beberapa pilihan terbaik seperti Nokia N8, Nokia 5800XM, Sony Ericsson Satio dan Sony Ericsson K800. Butang pengatup kamera yang diletakkan pada bahagian tepi memudahkan pengguna merakam gambar umpama memegang kamera digital. 

 

(2) Gunakan denyar (flash) untuk gambar di dalam rumah atau bangunan

Apabila saudara mengambil foto di dalam rumah, gunakan denyar atau cari tempat yang bercahaya. Jika tidak, gambar yang terhasil menjadi kelam dan suram. Wajah juga sukar dikenal pasti jika pencahayaan tidak mencukupi semasa mengambil gambar. Pastikan saudara membeli model telefon bimbit yang mempunyai fungsi denyar. Mungkin memakan hayat bateri telefon bimbit, namun berbaloi untuk foto yang terhasil.

 

(3) Sinaran cahaya terus menghala ke lensa 

Gambar yang cantik terhasil apabila pencahayaan terus masuk ke dalam lensa tanpa sebarang halangan semasa rakaman gambar diambil. Namun, saudara perlu bijak mengambil masa untuk menekan pengatup kamera dan menentukan tetapan kamera. Kedudukan saudara dan objek perlu ditentukan secara bijak supaya cahaya matahari tidak terhalang. Bagi foto yang diambil di dalam air atau salji sedikit sukar kerana salji dan air akan reflek cahaya dengan jumlah yang besar berbanding objek.

(4) Fokus kepada satu objek pada satu-satu masa

Kamera telefon bimbit lebih sesuai merakam objek yang dekat dan fokus kepada satu objek sahaja. Fotografi pemandangan yang cantik menggunakan telefon bimbit tidak dapat menghasilkan gambar yang baik. Lebih baik gunakan sahaja kamera digital.

 

(5) Merakam objek bergerak memerlukan latihan

Sememangnya susah merakam objek yang bergerak. Silap-silap hasilnya menjadi kabur dan tidak jelas. Faktor yang mempengaruhi rakaman objek bergerak ialah kecerahan cahaya, optik kamera yang digunakan dan kekerapan latihan. Cuba berlatih mengikut pergerakan objek dengan lancar sebelum dan selepas butang pengatup kamera ditekan.

 

(6) Fokuskan objek semasa merakam

Penggunaan zoom optik sangat membantu semasa merakam gambar. Hal ini kerana objek sasaran lebih dekat dengan saudara. Jangan hanya menggunakan paparan lebar sahaja, sesekali gunakan fungsi zoom di kamera. Selain itu, cuba rakam dari pelbagai sudut seperti dekat – jauh, atas - bawah dengan objek atau zoom untuk menghasilkan perspektif dan dimensi yang lebih menarik!

 

(7) Ambil masa gambar yang dirakam masuk ke dalam akaun

Rakaman gambar menerusi telefon bimbit mempunyai masa menunggu tertentu mengikut model. Selain itu, masa menunggu kamera telefon bimbit lebih lama berbanding kamera digital yang biasa atau DSLR. Bunyi yang terhasil semasa rakaman dibuat tidak bermakna gambar tersebut telah dirakam. Oleh itu, pastikan telefon bimbit saudara tidak bergoyang selepas merakam gambar.

 

(8) Rakam gambar lebih

Sekiranya situasi membenarkannya, lebih baik saudara mengambil beberapa gambar ekstra untuk merakam kenangan tersebut. Malahan, tidak menjejaskan langsung ruang memori kamera saudara pun. Kadangkala gambar yang dirakam tidak menjadi, kabur atau mengandungi unsur-unsur yang tidak dikehendaki. Jadi, bayangkanlah gambar saudara yang sedang melancong ke luar negara menjadi rosak akibat burung merpati melintasi hadapan kamera. Pada masa yang sama, satu gambar sahaja diambil pada waktu itu. Pasti menyesal kerana tidak dapat ditunjukkan kepada teman-teman. Masakan mahu pergi semula ke sana semata-mata untuk merakam gambar yang tidak menjadi?

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar