Friendster ubah strategi operasi

friendster Sekian lama penulis tidak menggunakan Friendster, kini operasi mereka akan diubah. Faktor kesukaran untuk terus bersaing dengan Facebook membuatkan Friendster beralih arah kepada penyediaan perkhidmatan berbentuk hiburan dan keseronokan.

Teknomasi difahamkan bahawa semua gambar, blog, komentar dan kumpulan yang dimuat atau dicipta oleh pengguna akan dihapuskan pada 31 Mei depan. Jadi, pengguna boleh mendapatkannya dengan memuat turun gambar, blog, maklumat peribadi, senarai teman dan mesej dengan menggunakan akaun pemilik.

Pelaburan yang dibuat oleh MOL Global sebanyak 40 juta pada akhir tahun 2009 akan digunakan untuk menstruktur semula Friendster dalam bidang permainan dan muzik. Sasaran utama mereka ialah pengguna di sekitar Asia.

 

Sumber: http://goo.gl/me18e

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
AfifSamshuri
AUTHOR
Jumaat, April 29, 2011 1:03:00 PG delete

hidup friendster....pewitttt!!!

Reply
avatar