Esok, iPad2 muncul di pasaran Malaysia

Esok, iPad2 muncul di pasaran Malaysia Apple iPad 2 akan dilancarkan di Malaysia pada 29 April 2011. Laporan berita kemunculan iPad2 mula tersebar dari OhAppleMy, terus merebak perbincangannya ke blog-blog dan forum-forum yang lain.

iPad 2 merupakan produk baharu daripada Apple hasil peningkatan daripada iPad generasi pertama. Kejayaan iPad mencetuskan fenomena dunia sebelum ini membuatkan pengeluar-pengeluar terkemuka seperti Samsung dan BlackBerry turut memberi saingan.

Berikut merupakan harga iPad 2 di Malaysia:

iPad 2 WiFi
16GB = RM1,499
32GB = RM1,799
64GB = RM2,099

iPad 2 WiFi+3G
16GB = RM1,899
32GB = RM2,199
64GB = RM2,499

Smart Cover Poly : RM150
Smart Cover Leather : RM250

Bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk memilikinya sebuah, bolehlah segera ke kedai pengedar premium Apple yang sah seperti Machines, MacStudio, iStudy, Switch dan sebagainya di seluruh Malaysia.

 

Artikel sebelum ini daripada Teknomasi:

  1. Kelebihan dan kekurangan iPad
  2. Perlukah iPad ditukar dengan iPad 2?
  3. Perbezaan saiz antara iPad dan iPad 2
Previous
Next Post »