Menapis garisan masa yang tidak diperlukan di Twitter

Penulis percaya hari ini garisan masa Twitter masing-masing telah dibanjiri dengan #RoyalWedding. Bunyi bising makluman tweet baharu menyusahkan penulis. Kadangkala menyampah juga, konon-kononnya mahu menuruti trend popular Twitter semasa walhal bagi sesetengah pengguna tidak lebih daripada menyusahkan orang lain.

Mungkin ada juga yang tidak suka suapan Twitter peribadi bising dengan lokasi Foursquare, Instagram dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.

Menapis garisan masa yang tidak diperlukan di Twitter

Nak buang (unfollow) si anu itu, banyak info menarik yang telah dikongsi di Twitter. Kita pula yang dalam dilema. Serba salah, serba tak kena.

 

Jadi, penulis suka untuk berkongsi cara terbaik untuk menangani masalah ini.

 

(1) Aplikasi Twitter – Tweetdeck – menawarkan fungsi tapisan perkataan di bahagian tetapan. Masukkan nama, #hashtag dan sumber yang tidak dikehendaki di situ.

4-29-2011 11-57-05 PM

 

(2) Pengguna Google Chrome boleh memasang palam Slipstream. Status Twitter yang muncul namun tidak dikehendaki saudara boleh dihilangkan dengan menekan ‘hide’.

(3) Ubah sahaja bunyi makluman tweet baharu kepada ‘mute’. Senang.

Previous
Next Post »