11 Cara mengoptimumkan penggunaan telefon bimbit berkamera

Penulis percaya bahawa kebanyakan pengguna telefon bimbit hari ini berkamera. Tidak kiralah berapa megapiksel yang ditawarkan, yang penting boleh merakam gambar untuk disimpan sebagai kenangan, kecemasan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ada yang tidak perasan betapa telefon bimbit berkamera boleh meningkatkan produktiviti saudara. Nak tahu? Teruskan membaca 11 cara mengoptimumkan penggunaan telefon bimbit berkamera di bawah.

(1) Rakam skrin komputer

11 Cara mengoptimumkan penggunaan telefon bimbit berkamera Komputer saudara tiba-tiba menjadi masalah. Skrin biru, timbul ralat. Butang Print-Screen di papan kekunci sudah tidak berguna, telefon bimbit juga dapat merakam masalah tersebut. Rakan atau juruteknik yang mahu memperbaiki pun dapat mengenalpasti kerosakan yang berlaku dengan mudah berbanding disampaikan secara lisan.

(2) Tarikh penting

Anda terlupa menulis tarikh perjumpaan dengan klien sebelum ini di dalam diari. Mujur anda merakam beberapa gambar lokasi tersebut. Rujuk semula tarikh pada gambar berkenaan. 

(3) Sambungan Kabel

11 Cara mengoptimumkan penggunaan telefon bimbit berkamera Saudara bercadang untuk berpindah ke rumah baharu. Sebelum mencabut kabel di set teater wayang, konsol permainan dan komputer sistem, lebih elok kiranya saudara merakam sambungan kabel terlebih dahulu. Tidaklah tertanya-tanya kemudian, “Kabel ini nak cucuk ke mana?”.

(4) Alternatif ‘webcam’

Menerusi sambungan dengan USB atau Bluetooth, telefon bimbit saudara boleh dijadikan sebagai ‘webcam’. Tak perlu lagi membazir membeli ‘webcam’ secara berasingan.

(5) Tempat letak kereta

11 Cara mengoptimumkan penggunaan telefon bimbit berkamera Sekiranya saudara pernah meletakkan kereta di tempat letak kenderaan di Midvalley atau PICC, saudara akan tahu betapa besar dan luasnya tempat letak kereta. Silap-silap boleh sesat semasa mahu keluar semula. Situasi ini benar-benar pernah berlaku kepada penulis. Buang masa hampir sejam ke hulu ke hilir mencari kereta. Untuk mengelakkan situasi begini, jangan lupa rakam kawasan sekitar tempat letak kereta saudara. Ambil sekali nombor atau tanda kawasan tersebut. Kalau tersesat, tunjukkan sahaja kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Bijak bukan?

(6) Imbas dokumen bercetak

Sebelum membuang dokumen ke dalam mesin pencincang (shredder), elok ambil gambar dokumen tersebut dahulu. Manalah tahu tiba-tiba maklumat dalam dokumen tersebut diperlukan. Tidaklah bersusah payah menyusun sampah supaya menjadi seperti asal.

(7) Pengganti pen dan kertas

Ibu atau isteri saudara menulis senarai panjang barangan dapur yang perlu dibeli untuk keperluan harian. Jangan kepilkan di dalam diari atau menambah beban ingatan saudara – bimbang tercicir, hilang atau terlupa. Rakam sahaja dengan telefon bimbit berkamera. Boleh juga digunakan untuk merakam maklumat di papan putih, papan notis atau peta sesuatu kawasan.

(8) Google Maps

Kalau dahulu pergi ke rumah kenduri perlu melihat peta di kad jemputan atau dilukis sendiri. Payah. Belum tentu tempat yang dituju dapat ditemui. Buka Google Maps, mulakan carian lokasi dan tekan F11 untuk skrin penuh. Rakam peta tersebut. Telefon tiada fungsi GPS digalakkan untuk mencuba tips ini.

(9) Kereta pinjaman 

11 Cara mengoptimumkan penggunaan telefon bimbit berkamera Sebelum meminjam kereta, lebih baik berjaga-jaga. Manalah tahu si pemilik tidak jujur dalam berurus niaga. Rakam seluruh bahagian kereta yang kemik atau calar. Tidaklah kemudian menjadi pertikaian semasa pemulangan kereta.

(10) Alat keselamatan

Setiap kali menaiki teksi, rakam plat pendaftaran dan butir peribadi pemilik di bahagian depan. Andai kata ditipu, hantarkan sahaja gambar tersebut kepada pihak berkuasa tempatan.

(11) Pengganti cermin

Kelam-kabut untuk ke pejabat pada waktu pagi akibat terlewat bangun. Ambil gambar sendiri untuk mengetahui sama ada solekan atau gaya rambut berada dalam keadaan sempurna atau tidak.

Previous
Next Post »

3 Komentar

Write Komentar
Ris Ya
AUTHOR
Rabu, Mei 04, 2011 11:00:00 PTG delete

Idea kreatif. Langsung tak terfikir sebahagian idea2 nih.

Reply
avatar
Ris Ya
AUTHOR
Sabtu, Mei 21, 2011 11:07:00 PG delete

Cara kelima telah saya praktikkan semasa gi Suria KLCC. Memang berkesan.

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Ahad, Mei 22, 2011 8:03:00 PG delete

Baguslah. Tak perlu risau kalau tersesat nanti.

Reply
avatar