Soal-jawab dengan Anwar Ibrahim di Yahoo! Malaysia Question Time esok

Soal-jawab dengan Anwar Ibrahim di Yahoo! Malaysia Question Time esok

Anwar Ibrahim akan menjadi rakyat Malaysia pertama sebagai panelis segmen interaktif Yahoo! Malaysia Question Time.

 

Teknomasi difahamkan bahawa Anwar akan meluangkan masa bersama warga siber bermula 11.30 pagi esok.

 

Rancangan “Cover It Live” akan membenarkan sesiapa sahaja berkomunikasi dengan beliau manakala editor Yahoo! Malaysia berperanan sebagai fasilitator.

 

Jadi, saudara boleh melontarkan apa-apa sahaja persoalan, kemusykilan dan provokasi untuk dijawab oleh beliau.

 

Sumber: Yahoo! Malaysia menerusi Malaysiakini

Previous
Next Post »