CFW 6.38 ME untuk PSP-1000 dan PSP-2000 telah dilancarkan

CFW 6.38 ME untuk PSP-1000 dan PSP-2000 telah dilancarkan Pakar penggodam PSP, neur0n, telah menghasilkan peralatan tegar (firmware) terkini PSP, iaitu 6.38 Minimum Edition (ME). Peralatan tegar ini dibina berasaskan CFW 5.00 M33 oleh Dark_AleX sebelum ini.

 

Kelebihan peralatan tegar ini dikatakan mampu membenarkan PSP memainkan fail ISO daripada permainan video terbaharu dan fungsi homebrew (yang belum didaftarkan).

 

Berdasarkan laporan pengguna yang telah mencuba peralatan tegar ini, 5 peralatan tegar yang sesuai sebelum dinaik taraf dengan CFW 6.38 ME ialah:

  • 5.00 M33
  • 5.50GEN
  • 5.50Prometheus
  • 6.20TN-D
  • 6.20PRO-B4
  • 6.35PRO-B4

Cara Pemasangan

  1. Salin folder UPDATE ke ms0:/PSP/GAME/.
  2. Letakkan OFW 6.38 (official update) ke ms0:/PSP/GAME/UPDATE/638.PBP.
  3. Jalankan operasi daripada XMB.

Ciri-ciri Terkini

  1. Tutup operasi PSP. Tunggu sehingga LED terpadam.
  2. Buka semula PSP dengan menekan butang R (hold) untuk masuk ke menu recovery ATAU tekan butang Home untuk membenarkan Boot OFW.

Muat turun

Sumber: @neur0ner

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Rabu, Disember 14, 2011 4:51:00 PTG delete

harga psp skrg ni brapa @ pasaran terkini???

Reply
avatar