Panduan ‘Jailbreak’ iPhone, iPad Atau iPod Touch (Siri 1)

Satu ‘mantera’ menarik tentang Jailbreak yang ingin dikongsikan kepada pembaca Teknomasi:

Jailbreak is not Unlock is not Activate. Baseband is not Bootloader is not Firmware.
Bagi pengguna baru Apple mungkin kurang mengerti maksud di sebalik ‘mantera’ tersebut. Namun begitu, pengguna Apple yang sudah berpengalaman pasti akan tersenyum dan memahami ‘mantera’ di atas.
Panduan ‘Jailbreak’ iPhone, iPad Atau iPod Touch (Siri 1)
Proses ‘Jailbreak’ iPhone, iPad atau iPod Touch cukup mudah walaupun boleh mengelirukan pengguna novis Apple untuk memahaminya. Ianya umpama kisah Tom & Jerry – kejar-mengejar antara si kucing dan si tikus.

Apa itu ‘Jailbreak’? Apakah keperluan saudara melakukan ‘Jailbreak’ Adakah ‘Jailbreak’ sejenis aplikasi? Di manakah saudara boleh memuat turunnya?

Penulis mencuba untuk menjawab kesemua persoalan di atas berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang penulis ada.

‘Jailbreak’ wujud kerana para penggodam (hackers) telah menemui cara mengeksploitasi untuk mengubah atau melepasi sebarang sekatan yang terdapat di dalam sistem operasi iPhone, iOS.
Walaupun eksploitasi ini dilakukan oleh umum, pihak Apple tidak berdiam diri dan sentiasa mencari jalan untuk menampal dan memperbaikinya dengan kemunculan peralatan tegar (Firmware) terkini. Apple akan memaklumkan kepada pengguna menerusi iTunes bahawa peralatan tegar telah tersedia. Situasi ini dianalogikan oleh penulis sebagai para penggodam ialah si tikus manakala Apple ialah si kucing.

Adakah perkara ini cukup penting kepada saudara? Ya, cukup penting. Hal ini demi menjamin langkah secara berterusan dan saudara perlu berjaga-jaga kepada siapa yang sebenarnya yang perlu diawasi – sama ada penggodam atau Apple. Sejak melakukan ‘Jailbreak’ di iPad penulis, penulis lebih cenderung menyokong komuniti penggodam. Alasannya: semua aplikasi jadi percuma, pelbagai modifikasi dan eksploitasi boleh dibuat. Jika saudara menggunakan peralatan tegar daripada Apple, fungsi iPhone, iPad atau iPod Touch menjadi terhad dan aplikasi tidak boleh dicuba terlebih dahulu sebelum membelinya.

Oleh yang demikian, penulis yakin dan percaya bahawa saudara telah memahami seluruh proses ‘Jailbreak’ dan tahu bagaimana untuk mengekalkan status ‘Jailbreak’ saudara.

Artikel yang seterusnya: 
Panduan ‘Jailbreak’ iPhone, iPad Atau iPod Touch (Siri 2)

*Tulisan ini tidak menggambarkan penulis menyokong kerja-kerja cetak rompak. Aplikasi daripada hasil kerja yang baik dan berkualiti mestilah disokong dan dibayar sebagai tanda penghargaan kepada pengeluar dan pembangun. Begitulah juga dengan filem, kalau cerita merapu, mengarut dan entah apa-apa lebih baik penulis memuat turun sahaja dari internet. Kalau bagus dan berkualiti, penulis sanggup ke pawagam berkali-kali untuk melihat filem tersebut. 
Previous
Next Post »