Sebalik pemilihan status hubungan ‘In an Open Relationship’ di Facebook

Pengguna memiliki akaun di Facebook dengan pelbagai tujuan. Antaranya ialah berhubung dengan teman-teman lama, berurus niaga, mendekatkan diri dengan peminat seperti artis, orang kenamaan dan personaliti popular, mencari jodoh dan bertukar-tukar fikiran.

 

Perkara yang paling menarik perhatian penulis ialah pemilihan status sebilangan pengguna Facebook yang memilih status ‘In an Open Relationship’.

open_relationship

 

Persoalannya ialah adakah mereka tahu atau suka-suka menggunakan status tersebut?

 

Dalam konteks budaya dan cara fikir orang Melayu status tersebut sudah melanggar norma masyarakat, susila dan adat budaya. Hal ini kerana ‘In an Open Relationship’ bermaksud pasangan yang mahu bersama membenarkan hubungan seksual dengan orang lain selagi mendapat persetujuan, kebenaran dan toleransi pasangan tersebut. Perkara ini juga sama dengan polyamory.

 

Gila. Terang-terang bercanggah dengan budaya Melayu dan konteks agama Islam.

 

Selain itu terdapat beberapa interpretasi daripada status ini. Antaranya ialah:

  1. Kebenaran melakukan seks dengan orang lain (bukan atas dasar cinta) walaupun sudah berkahwin.
  2. Tidak mempersetujui status ‘sedang dalam perhubungan atau tidak’ – in a relationship/not in a relationship.
  3. Hubungan pasangan jarak jauh, mahu bersama-sama namun seorang daripadanya mahu bersama dengan orang lain.
  4. ‘Menguji’ pasangan sendiri sejauh mana kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan.
  5. Berkemungkinan pasangan anda mempunyai hubungan dengan jantina yang sama atau kedua-duanya sekali – gay, lesbian atau biseksual.

Jadi, janganlah semboro dalam memilih status di Facebook. Menjatuhkan maruah diri sendiri sahaja.

 

Rujukan lain:

Previous
Next Post »

3 Komentar

Write Komentar
sAzUwI
AUTHOR
Ahad, Mei 08, 2011 2:04:00 PTG delete

nice artikel bro..
ader benar gak mengenai status yg ini..
jgn terlalu berpaksikan budaya barat..

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Ahad, Mei 08, 2011 2:39:00 PTG delete

Itulah. Orang kita suka meniru tanpa menyelidik yang mana baik atau tidak.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Selasa, Mei 10, 2011 3:33:00 PTG delete

benar...tahu dlu sebelum buat ape2...

Reply
avatar