Kemas kini pemacu (driver) perkakasan dengan Device Doctor

Kemas kini pemacu (driver) perkakasan dengan Device Doctor

Device Doctor merupakan aplikasi Windows percuma yang menawarkan fungsi imbasan perkakasan komputer saudara dan membuat semakan sama ada terdapat kemas kini pemacu (driver). Selain itu, aplikasi ini juga merupakan solusi untuk masalah “unidentified devices” di Windows Device Manager.

 

Muat turun: Device Doctor

 

Selepas muat turun, pasang Device Doctor dalam komputer. Pastikan sambungan internet tersambung.

Tutorial

Saudara cuma memerlukan 3 langkah sahaja untuk mendapatkan pemacu terkini.

Kemas kini pemacu (driver) perkakasan dengan Device Doctor

  1. Jalankan imbasan dengan menekan butang “Begin scan”.
  2. Proses imbasan akan berlangsung.
  3. Senarai pemacu untuk dimuat turun akan dipaparkan.

Setelah siap muat turun, pasang pemacu terkini dan restart komputer.

 

Selamat mencuba!

Previous
Next Post »

3 Komentar

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Jumaat, Mac 29, 2013 9:13:00 PG delete

saya kurang jelas la dengan ape yg awak buat ni ?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Jumaat, Mac 29, 2013 9:17:00 PG delete

saye suka dengan profail awak.

Reply
avatar