12 sebab tablet jadi pilihan (siri 1)

iPad, Samsung Galaxy Tab, BlackBerry Playbook dan HTC Flyer merupakan sebahagian tablet popular yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna.

Mari kita lihat, mengapakah tablet semakin jadi pilihan?

1. SELAMATKAN POKOK

Jualan majalah, buku dan surat khabar telah menggalakkan industri pemprosesan kertas. Untuk mengurangkan pembalakan pokok, penghasilan dan penerbitan buku elektronik atau e-book mampu menjadi solusi.

2. MENU RESTORAN

Selalunya kalau ke restoran menu hidangan yang ditatap sebelum membuat tempahan. Malang sekali terdapat segelintir pengusaha kurang menitik beratkan perkara ini hingga ada menunya dalam keadaan uzur sekali. Pastinya hal ini akan menimbulkan persepsi yang kurang baik di mata pelanggan.

12 sebab tablet jadi pilihan (siri 1)

Di Sydney, restoran menggunakan iPad sebagai menu. Pengguna boleh membuat pesanan daripada iPad sahaja menerusi MenuPad.

12 sebab tablet jadi pilihan (siri 1)

Selain itu, eTab dan E la Carte mengubahsuai tablet sendiri untuk dijadikan sebagai menu. Pelanggan boleh melihat gambar makanan, maklumat tentang nutrisi setiap hidangan dan menu khas untuk pelanggan yang mempunyai masalah alergi. Yang pasti, tiada lagi masalah terlupa pesanan yang dibuat seperti sebelum ini.

12 sebab tablet jadi pilihan (siri 1)

3. MANUAL PRODUK

Keluaran Hyundai terbaharu, Hyundai Equus telah memasarkan jualan kepada pelanggan dengan Hyundai app. Sebarang maklumat boleh terus dilayari menerusi iPad. Selain itu, aplikasi ini juga turut menyokong sokongan utiliti seperti lokasi pengedar terdekat dan jadual penyelenggaraan. Saudara boleh menyentuh beberapa bahagian kereta untuk melihat sendiri rekaan dan kelebihan Hyundai Equus.

12 sebab tablet jadi pilihan (siri 1) 

4. PENGGANTI RADIO, LCD TV, MP3 DAN GPS DALAM KERETA

Saksikan hasil kerja Sound Man Car Audio memasang iPad 2 dalam Ford F150. Menarik bukan?

Pasang iPad 2 dalam Ford F150

5. RUJUKAN PENERBANGAN

Selalunya kita dapat lihat juruterbang pesawat membawa beg troli di lapangan terbang untuk memulakan tugas. Itu bukanlah beg pakaian sebagaimana yang kita fikirkan. Sebaliknya, manual tentang penerbangan. Lol Laughing out loud

12 sebab tablet jadi pilihan (siri 1)Namun, sejak Mei lalu, FAA telah memberi kebenaran untuk menggunakan aplikasi Jeppesen Mobile TC untuk iPad. Juruterbang tidak perlu lagi mengusung manual penerbangan seberat 30kg lagi. Malahan Alaska Airlines dan American Airlines turut menggunakan iPad sebagai rujukan.

MAS dan Air Asia penulis kurang pasti. Kena tanya @Piratz atau @tonyfernandes.

6. SINGKIRKAN CETAKAN DOKUMEN RASMI KERAJAAN

12 sebab tablet jadi pilihan (siri 1)

Bandar-bandar Amerika seperti Palm Coast, Daytona Beach, Ormond Beach dan Orange City telah memperuntukan 5 buah iPad kepada Datuk Bandar dan empat pesuruh jaya bandar. Walaupun kos pembelian sedikit mahal namun bertan-tan kertas dalam seminggu dapat diselamatkan. Hal ini bagi menggantikan kertas panggilan mesyuarat kepada bentuk digital.

*Artikel ini akan disambung dalam siri yang kedua pula. Harap terus sabar menanti. Nerd smile

Previous
Next Post »

2 Komentar

Write Komentar