Jangkaan tentang Football Manager 2012

Jangkaan tentang Football Manager 2012

Sebelum ini penulis ada menyatakan di Facebook TMK bahawa Sega akan melancarkan permainan video Football Manager 2012 (FM2012) pada 21 Oktober 2011.

Secara peribadi, permainan video ini sangat dinanti-nantikan oleh segenap peminat bola sepak seluruh dunia yang mengimpikan kerjaya sebagai pengurus pasukan bola sepak sama seperti realiti. Saudara perlu menentukan latihan pemain, menyusun strategi dan taktik pasukan, menjual dan membeli pemain, bersidang media bersama wartawan, menyerang pengurus pasukan yang lain secara psikologi dan sebagainya.


Apatah lagi saingan EPL baru-baru ini lebih dramatik dengan pelbagai cerita dan jangkaan seperti:
Prestasi Manchester United sedang memuncak bersama pemain muda.
Adakah Mancini berupaya mengawal baik semua pemain bintangnya?
Bagaimanakah Chelsea dibawah kendalian Andre Villas Boas, pengurus muda?
Apakah nasib Arsenal selepas pemergian kapten Cesc Fabregas?

Bagi pembenci polisi dan falsafah bola sepak Arsene Wenger, inilah masanya untuk bertindak. Mungkin juga ada yang bercadang mahu memadam rekod kemenangan piala legenda Sir Alex Ferguson. Cakap besar sahaja tak guna, cuba main sendiri baru tahu payahnya. Hehehe…
Dalam siri FM2012 ini, Sega telah menaik taraf beberapa elemen yang tidak ada dalam siri FM2011. Antaranya ialah:
  1. Perpindahan dan kontrak – Tawaran kontrak kepada pemain dipertingkatkan sesuai dengan corak semasa. FM2012 memperkenalkan bonus kesetiaan dalam sistem kontrak, implementasi kontrak untuk amatur dan remaja yang lebih baik dan peningkatan pusat perpindahan pemain. Secara tidak langsung, perbelanjaan kelab dapat disesuaikan dengan kekuatan belanjawan kelab masing-masing dan memberi banyak pilihan kepada pengurus untuk mengendalikan pemain atau ejen yang tamak duit seperti Wesley Sneidjer.
  2. Pencarian bakat, pemantau pasukan lawan – Pelaporan analisis skuad, maklumat taktik serta bagaimana jaringan dan bolos pihak seteru cara baharu dapat membantu pengurus merencana strategi sebelum sepak mula dan musim secara keseluruhannya.
  3. Perlawanan 3D – Pengenalan animasi, sistem sorakan penyokong dan sistem cuaca baharu. Stadium-stadium perlawanan ditambah lagi. Dua mod kamera baharu diperkenalkan – “Behind Goal” dan “Director Cam” – untuk membantu analisis setiap aspek perlawanan.
Di bawah pula, beberapa gambar antara muka FM2012 yang didedahkan oleh Sega kepada umum.
Jangkaan tentang Football Manager 2012
Skrin kelab kendalian

Jangkaan tentang Football Manager 2012
Skrin utama seorang pengurus I – mod lebih terperinci

Jangkaan tentang Football Manager 2012
Skrin utama seorang pengurus II – mod kompak

Jangkaan tentang Football Manager 2012
Skrin utama seorang pengurus III – mod sederhana

Jangkaan tentang Football Manager 2012
Pusat perpindahan pemain baharu

Jangkaan tentang Football Manager 2012
Perbincangan dengan pemain – pengurus perlu ‘hormat’ pemainnya

Jangkaan tentang Football Manager 2012
Analisis jaringan dan bolos pasukan – satu kerja yang komprehensif daripada skuad pemantau

Jangkaan tentang Football Manager 2012
Laporan penolong pengurus tentang kekuatan pasukan berdasarkan setiap posisi

Jangkaan tentang Football Manager 2012
Laporan penolong pengurus tentang kekuatan pasukan secara keseluruhan

Jangkaan tentang Football Manager 2012
Analisis taktik

Jangkaan tentang Football Manager 2012
Perbandingan pasukan

Tak sabar rasanya menantikan FM2012 untuk dimainkan. Jangan ‘demand’ spesifikasi komputer sudah. 

Sumber: Sega
Previous
Next Post »

4 Komentar

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
Jumaat, September 16, 2011 10:09:00 PTG delete

X tau nk request kat mana, then aku pegi pd entry baru tuan punye blog. Cool gak blog ni.. Baru je tau, tu pun terklik.. Bykkan lg tips n tricks ip4 eh.. Permintaan adalah tutorial ios 4.3.3 atau upgrade ke ios 4.3.3 dan tutorial celeste.. Tq tuan blog..

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Sabtu, September 17, 2011 6:16:00 PG delete

Insyallah. Boleh mohon di FB Teknomasi. Baru beli iPhone 3GS terpakai dengan harga yang boleh tahan semata-mata untuk godek, cuba aplikasi dan buat ulasan demi pembaca.

iOS 4.3.3 khabarnya sudah disekat oleh Apple. JomPHP ada ulas berhubung isu ini. Kemaskini dengan iTunes akan naik taraf terus ke iOS 4.3.5. Hal ini kerana Jailbreakme membenarkan peranti mereka iOS 4.3.3 di-Jailbreak dengan cara yang mudah. Boleh juga baca di Redmondpie dan OSX Daily untuk dapatkan keterangan lanjut.

Walaupun Geohot ada membuat tutorial turun taraf iOS 4.3.5 ke 4.3.3 tanpa SHSH. Risikonya agak tinggi. Pengalaman penulis melakukannya sendiri, terpaksa hantar ke kedai akhirnya. Namun, tak salah untuk mencuba. Hehehe...

Celeste - boleh pasang percuma, tambah alamat direktori untuk Cydia - sinfuliphonerepo.com - ada Celeste cracked di situ. Walau bagaimanapun, pastikan iPhone guna iOS 4.2.1 sekurang-kurangnya.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
Sabtu, September 17, 2011 8:08:00 PG delete

tq bro..beli ler iphone4..pastu ko hack habis2, then share dgn kitorang... hehehe.. teruskan memblog bro...

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Sabtu, September 17, 2011 8:30:00 PG delete

Penulis bukan orang kaya. Beli sesuatu ikut kemampuan. Lainlah kalau ada yang sudi beri iPhone4S atau iPhone 5 akan datang secara percuma. Bolehlah bergiat aktif membuat ulasan dan tutorial khas tentang iPhone.

p/s: Teknomasi sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak memberi gajet secara percuma/pinjaman untuk diuji lalu diterjemah kepada ulasan. Kalau percuma lebih baik, amal jariah...hehehe :p

Reply
avatar