RIM beri pengguna BlackBerry aplikasi dan permainan video percuma

RIM beri pengguna BlackBerry aplikasi dan permainan video percuma

Minggu lalu, RIM mengalami masalah teknikal hingga menyebabkan pengguna BlackBerry tidak dapat menggunakan perkhidmatan BBM seperti biasa. Hal ini menyebabkan pengguna BlackBerry kecewa dengan kejadian tersebut.

Sebagai tanda minta maaf dan penghargaan kepada pengguna yang mengalami kesulitan akibat masalah tersebut, RIM telah menawarkan aplikasi dan permainan video percuma yang bernilai U$D100, iaitu kira-kira RM340 sehingga 31 Disember 2011.

Antara aplikasi dan permainan video percuma yang ditawarkan termasuklah The Sims 3, Bejeweled, iSpeech Translator Pro, Photo Editor Ultimate dan banyak lagi.

Jadi, kepada pengguna BlackBerry, jangan lepaskan peluang untuk menebus aplikasi dan permainan video yang diidam-idamkan selama ini. 

Sumber: Gizmodo dan Berita Harian

Previous
Next Post »

1 Komentar:

Write Komentar
samanosuke_04
AUTHOR
Sabtu, Oktober 22, 2011 1:48:00 PG delete

siyes ade the sims 3 dalam bb? fuh mantap gak.. haha, bagi aku feat. iphone yang paling best pun adalah gaming.. so bile ade game mantap dalam bb, bleh consider gak nie.. haha

Reply
avatar