Kemas kini Jailbreak iOS 5.0.1 dengan Redsn0w 0.9.10b2/b3, Corona 5.0.1 Untether 1.0-3

Baru 3 hari Jailbreak iOS 5.0.1 dengan status Untethered Jailbreak dilancarkan kepada umum, peralatan yang digunakan untuk proses Jailbreak seperti Redsn0w dan Corona juga dikemas kini dengan versi baharu untuk mengatasi masalah yang timbul hasil maklumat umum. Sungguh produktif penggodam Pod2g dan komuniti iPhone Dev. Ini yang kita mahukan…hehe…

Pemilik iPhone dan iPad yang menyedari perkara ini mungkin mengalami kekeliruan berhubung isu ini.

Adakah pemilik perlu melakukan Jailbreak semula atau abaikan sahaja perkara ini? Teknomasi akan cuba memberi penjelasan sebaik yang mungkin berhubung isu ini.

 

Kemas kini Jailbreak iOS 5.0.1 dengan Redsn0w 0.9.10b2/b3, Corona 5.0.1 Untether 1.0-3

Jailbreak iOS 5.0.1 dengan Redsn0w 0.9.10b1

Sekiranya pemilik mengalami masalah selepas menggunakan kaedah ini, saudara perlu melakukan proses Jailbreak sekali lagi. Masalah yang berlaku  dikenali sebagai ralat “launchctl” sehingga menyebabkan Cydia tidak dapat diakses dengan sempurna dan tiada tindak balas berlaku.

Untuk mengatasinya, saudara perlu memuat turun Redsn0w 0.9.10b3 dan lakukan Jailbreak seperti biasa.

Tak perlu “Restore” iOS 5.0.1 dengan iTunes dahulu. Terus guna Redsn0w dan tak perlu tanda (/) pada Install Cydia.

Muat turun Redsn0w 0.9.10b3: Windows | Mac

 

Jailbreak iOS 5.0.1 dengan Redsn0w 0.9.10b2

Selepas Redsn0w 0.9.10b2 dilancarkan kepada umum, masalah “launchctl” selesai. Namun, timbul pula masalah yang baharu, iaitu ralat “MobileSubstrate” di Cydia.

Bagaimana mahu mengatasinya? Ada 2 cara;

  1. Jailbreak sekali lagi dengan Redsn0w 0.9.10b3 seperti di atas.
  2. Cari “MobileSubstrate” di Cydia dan kemas kini.

 

Kemas kini Jailbreak iOS 5.0.1 dengan Redsn0w 0.9.10b2/b3, Corona 5.0.1 Untether 1.0-3

Jailbreak iOS 5.0.1 dengan Corona 5.0.1 Untether 1.0-1

Terdapat juga segelintir pemilik menggunakan kaedah Jailbreak ini. Walau bagaimanapun, masalah yang sama timbul seperti di atas.

Untuk menanganinya, cari Corona 5.0.1 Untether 1.0-3 di Cydia. Kemas kini dan reboot semula.

 

Kalau saudara tidak mengalami apa-apa masalah, tak perlu Jailbreak lagi. Tutorial di atas boleh diabaikan.

 

Selamat mencuba!

Previous
Next Post »