Kawalan 60beat GamePad khusus untuk permainan video iOS

Kawalan 60beat GamePad khusus untuk permainan video iOS

Sesetengah permainan video untuk platform iOS kurang sesuai dimainkan secara sentuhan. Contohnya, Street Fighter, FIFA 2012, Creed Assasins dan banyak lagi. Kepuasan dan fokus bermain sering terganggu kerana pergerakan jari di skrin sering menghalang visual di hadapan. 

 

Main permainan video iOS dengan 60beat

 

Bagi mengatasi masalah tersebut, kawalan 60beat GamePad telah dijual dengan harga USD$49.90. Model ini serasi digunakan pada iPhone, iPad dan iPod Touch. Sambungan kabel 60beat GamePad sepanjang 4 kaki hanya perlu dicucuk ke jack audio untuk memulakan permainan. Bateri tidak diperlukan untuk beroperasi dan pakej pembelian disertakan bersama pemisah (splitter) untuk audio dan 60beat GamePad.

 

Sumber: 60beat

Previous
Next Post »