Komputer riba Asus kurang mengalami kerosakan

Komputer riba Asus kurang mengalami kerosakan

Sedar atau tidak, jenama mendorong kita membeli sesuatu produk. Dalam isu ini, satu kajian telah dijalankan terhadap pengguna dan jenama komputer riba yang dibeli mereka.

 

Pembelian komputer riba bertujuan memudahkan pengguna membuat pembentangan, mencatat idea spontan, menyiapkan kertas kerja, melayari internet di luar rumah dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Walau bagaimanapun, pembelian tersebut bukan semestinya berakhir dengan kegembiraan dan kepuasan. Terdapat pengguna yang menyesal, geram dan tidak puas hati dengan komputer riba yang dibeli. Lebih malang lagi, ada yang sejak hari pertama komputer ribanya sudah meragam macam-macam.

 

Tidak dinafikan bahawa apa-apa sahaja komputer riba di pasaran boleh rosak. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan pengeluar yang mempunyai trek rekod yang baik berbanding pengeluar yang lain. Satu kajian kadar kegagalan komputer riba dalam tempoh 3 tahun mencatatkan jenama Asus paling kurang mengalami kerosakan. Berbeza pula dengan Hawlett-Packed mencatatkan jenama komputer riba yang sering mengalami kerosakan, dengan purata sebuah daripada 4 buah komputer riba HP akan rosak dalam tempoh 3 tahun.

 

Berikut merupakan dapatan hasil kajian:

  1. Asus - 15.6%
  2. Toshiba - 15.7%
  3. Sony - 16.8%
  4. Apple - 17.4%
  5. Dell - 18.3%
  6. Lenovo - 21.5%
  7. Acer - 23.3%
  8. Gateway - 23.5%
  9. HP - 25.6% 

 

Pastinya dapatan ini mengejutkan bukan? Biasanya yang kita dengar anekdot daripada kawan-kawan dan teman sekerja, Apple dan Sony merupakan pengeluar komputer riba yang boleh dipercayai. Ironinya, ramai pelajar kolej dan universiti membeli keluaran Acer dan HP kerana faktor harga yang ditawarkan lebih murah. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak. Pilihlah Asus dan Toshiba!

 

Sumber: SquareTrade

Previous
Next Post »