Khabar gembira buat pengguna Blogger. Pada 11 Mac yang lalu, Blogger telah melancarkan 15 tema blog baharu untuk pengguna Blogger. Selain itu, pengguna juga boleh menikmati ciri-ciri baharu seperti pengubahsuaian susun atur blog dengan satu, dua atau tiga lajur, imej latar belakang profesional daripada iStockphoto, pengubahsuaian warna, jenis tulisan dan CSS.
Menurut Siobhan Quinn, Pengurus Produk Blogger, tema dan fungsi terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Pemilik blog juga tidak perlu lagi khuatir kehilangan wiget, aplikasi pihak ketiga dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya apabila setiap kali menukar tema yang baharu.
Maklumat tambahan:
- Tema ini tidak dapat disokong pelayar Internet Explorer 6. Ada lagi ke yang menggunakannya?
- Pengguna Opera mesti menggunakan pelayar Opera 10.5 dan ke atas.
Cara menggunakannya:
1. Klik pautan ke Blogger In Draft.
2. Klik blog anda > Reka bentuk > Pereka bentuk templat
Fungsi baharu, “Pereka Bentuk Templat”
3. Tetapan:
(a) Templat
4 Pilihan kategori tema; Simple, Picture Window, Awesome Inc. dan Watermark
(b) Latar belakang
Pelbagai pilihan latar belakang
Pilihan cadangan warna tema
Reka bentuk susun atur lajur blog
(d) Lanjutan
Fungsi Baharu! CSS dibenarkan. Adakah permulaan untuk menyaingi Wordpress?
Saudara juga boleh mendapatkan keterangan lebih lanjut dengan memainkan video di bawah.
Sumber: Blogger In Draft | Blogger Buzz
1 Komentar:
Write Komentarnice share, visit me back
ReplyEmoticonEmoticon