Seminggu bersama iPad

Seminggu bersama iPad

Barangkali agak terlewat untuk penulis menulis tentang hasilan hebat Steve Job ini. Walau bagaimanapun, pengalaman membeli, memiliki dan mencuba sendiri iPad tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Nak tahu apa menariknya tentang iPad? Teruskan membaca.

Seperti yang sedia maklum, iPad merupakan hasilan gajet terbaik sepanjang tahun 2010. Fenomena daripada kemunculannya telah berjaya mendapat perhatian pengguna seluruh dunia. Hal ini menyebabkan pengeluar seperti HP, Samsung, Blackberry dan lain-lain lagi turut mengeluarkan gajet berbentuk tablet untuk menyaingi pasaran iPad.

Selain itu, ramai pengkritik dan penganalisis TMK mendakwa Netbook menjadi tidak relevan selepas kemunculan iPad. Sokongan daripada pembangun untuk menghasilkan pelbagai aplikasi menarik di App Store secara tidak langsung menarik pengguna untuk beralih kepada produk Apple.

Sebelum ini, Apple telah mengeluarkan Apple TV, iPhone, iPod Touch dan MacBook Air. Respon positif pengguna yang memiliki satu daripada produk meningkatkan lagi kepercayaan pengguna baharu Apple seperti penulis untuk memilikinya sebuah. Penulis percaya bahawa dalam beberapa tahun lagi Apple bakal menguasai peratusan jualan dunia yang selama ini dimonopoli oleh Intel dan Nokia.


Pengalaman membeli iPad

originalSeperti biasa, penulis akan melakukan tinjauan dan demonstrasi iPad di Lowyat, Times Square, Midvalley dan Digital Mall. Di tempat-tempat ini terdapat kedai MacWorld atau Machines, yang menjual produk Apple. Jadi, saudara tidak perlu rasa ragu sama ada original atau tidak, ataupun barangan yang dijual edisi Malaysia, Singapura atau Amerika.

Setelah ongkosnya mencukupi, penulis terus ke Machines, Midvalley untuk membeli sebuah iPad (16GB+Wi-Fi). Harganya cuma RM1549.00, sesuai dengan belanjawan untuk pelajar yang berjimat-cermat.

Kalau nak beli yang 16GB dan ada 3G, harganya perlu ditambah lagi RM450.00. Jadi, cukuplah iPad (16GB+Wi-Fi) untuk penulis sebagai sokongan sewaktu di luar kawasan untuk meningkatkan lagi produktiviti.

Pada mulanya penulis bercadang untuk membeli sebuah komputer riba. Namun, apabila melihat harga iPad yang turun daripada RM2+++ dan faktor mudah alih membuatkan penulis tidak teragak-agak memilih iPad.

Pakej bersama pembelian


1. iPad x1
2. Kabel USB x1
3. Plug x1

Kelebihan iPad


1. Kawalan penuh dengan skrin sesentuh.
2. Grafik yang memuaskan semasa bermain permainan video atau menonton filem.
3. Pelbagai aplikasi percuma dan berbayar boleh dimuat turun seperti dokumentasi, permainan video, utiliti dan sebagainya.

Kekurangan iPad

1. Tiada fungsi kepelbagaian tugas (multitasking).
2. Tiada sokongan flash.
3. Tiada port untuk USB.
4. Tiada kamera.
5. Aksesori tambahan agak mahal.



#Artikel ini dikirim menerusi iPad | BlogPress

Previous
Next Post »

3 Komentar

Write Komentar
Finalcross
AUTHOR
Selasa, Februari 01, 2011 1:19:00 PG delete

Hmm,aku pun da bole nk agkt iPad satu tp hold dulu kot...nk tggu yg next generation punya. haha. Sementara ni guna iPhone4 dulu. Mane gambar2 yg bole wat jeles ni bro? ^_^

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
Khamis, Februari 03, 2011 12:31:00 PG delete

Harap bersabar. Cuti panjang perlu dimanfaatkan sepenuhnya setelah penat bertungkus lumus belajar. Hehe..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Isnin, November 13, 2017 3:38:00 PG delete

ipod emg terbaaiiiikkkk
http://zapplerepair.com/kenapa-banyak-orang-mengganti-Macbook-Air-tukar-dengan-iPad.html

Reply
avatar